-

-

Thursday, October 15, 2015




KENYATAAN MEDIA :16 MAC 2015

PEMUDA SOSIALIS MENCABAR MENTERI TURUN BERDEBAT ESOK,

JIKA BENAR GST ITU BAGUS!!!

 

Pemuda Sosialis mencabar  YB Dato' Haji Ahmad Husni Menteri Kewangan II, YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan serta YB Dato' Hassan Malek Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk turun berdebat di "DEBAT RAKYAT GST" pada 17/3/2015(ESOK), 8pm di Pejabat Malaysiakini.  

 

Sekiranya kerajaan yakin bahawa GST itu adalah satu cukai yang baik dan akan membantu rakyat malaysia, Kerajaan dan Menteri harus menyahut cabaran untuk turun berdebat di kalayah ramai ESOK.  Debat GST ini adalah anjuran Gabungan Membantah GST untuk membincangkan kesan-kesan GST kepada rakyat dan negara sebelum ia dilaksana 1 April.

 

Ramai yang masih keliru dan banyak persoalan yang sedang timbul di kalangan rakyat mengenai GST. Pihak kerajaan boleh menggunakan platform debat esok untuk memberi penjelasan yang jelas tentang GST kepada rakyat Malaysia. Rakyat juga berpeluang untuk mendengar hujah-hujah dan fakta mengenai Impak GST secara langsung daripada pihak kerajaan dan wakil NGO di debat esok.

 

Difahamkan Gabungan Membantah GST telah menghantar jemputan rasmi kepada pihak kerajan sebulan yang lepas untuk jemput hadir berdebat.  Sejak 2 minggu yang lepas ramai rakyat malaysia berkempen di media sosial Facebook, Twitter, Whatsapp dan Call/SMS mendesak Menteri turun berdebat ESOK 17/3/2015, 8pm di Malaysiakini.

 

Adalah amat memalukan sekiranya tiada seorang pun wakil daripada pihak kerajaan, yang berani untuk turun berdebat isu GST esok.  Rakyat sudah bersedia untuk berdebat dengan Menteri mengenai GST. Sekarang masa untuk Menteri dan Kerajaan sahut cabaran dan turun berdebat.

 

Pemuda Sosialis mencabar jika Pak Menteri kata GST itu baik, turunlah berdebat ESOK!  Kami bersama rakyat menanti hujah Pak Menteri.

 

Dikeluarkan oleh

PKS.Kesavan

Setiausaha Pemuda Sosialis, PSM

0103954614


No comments:

Post a Comment