-

-

Friday, October 16, 2015

Ahli Skuad Merah di Mayday ( 1/5/2015)






Sudah tiba masa pemuda pemudi Malaysia bergenggam tangan bersama rakyat, bersuara lantang bicara masa depan negara. Bukan esok bukan lusa bertindak sekarang. Jom sertai Himpunan Gunung Semanggol " PERSIDANGAN ANAK MUDA RADIKAL MALAYSIA" (24&25 April @ KL). Register NOW & Please Share.



TOLONG SHARE & SEBARKAN 

Cabaran kepada PM Najib Razak. Berani ke menteri turun debat GST baik???
Nantikan 17/3/2015, 8pm di Pejabat Malaysiakini.










Semua dijemput sertai Protes Pendidikan Percuma pada 21/11/2014.

PENDIDIKAN PERCUMA ADALAH HAK RAKYAT!!!




Wakil Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma(GMPP) saudara Kesavan berbincang bersama wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia saudara Fazril,Helmi dan Ehsan mengenai kempen Pendidikan Percuma di Malaysia.PKPIM menyokong penuh kempen GMPP.


Foto : 22/10/2014




67 tahun lalu (20.10.1947), PUTERA- AMCJA telah melancarkan mogok besar 'HARTAL' di seluruh Malaya menentang penjajah British. Tapi kini rakyat Malaysia masih dijajah dengan akta ciptaan penjajah. Ayuh! Kita lancarkan (20.10.2014) 'HARI HITAM' rakyat Malaysia menentang‪#‎AktaHasutan‬. Tunjukkan bantahan kita dengan pakaian serba hitam, setidaknya pakai reben hitam. Kibarkan bendera hitam & rentang kain tulisan ‪#‎MansuhAktaHasutan‬. Jadikan 20.10.14 'HARI HITAM' rakyat Malaysia. Sebarkan.









Syabas & tahniah. Keputusan kes Protes "kenaikan harga petrol 2008" semua OKT dibebaskan hari ini. 6tahun perjuangan akhirnya membawa kemenangan. Special thanks to our lawyer Roger Chan. Hidup rakyat!!!


Thursday, October 15, 2015



JEMPUTAN KEPADA SEMUA ANAK MUDA BERANI & RADIKAL,

* Berminat untuk join SKUAD MERAH (barisan pertahanan rakyat) untuk perhimpunan Mei 1 dari KLCC ke Dataran????
* Hubungi Naib Ketua Pemuda Sosialis call/sms/whatsapp (0126932978) or inbox kami.
* Ayuh anak muda bersama kaum buruh 

BANTAH TPPA!
PENJAJAHAN TERBARU!

‪#‎BANTAHTPPA‬





Salam perjuangan,

Pemuda Sosialis PSM dengan besar hati menjemput semua anak muda & mahasiswa untuk turut serta dalam Kongres Nasional Pemuda Sosialis Ke-4
.








KENYATAAN MEDIA :16 MAC 2015

PEMUDA SOSIALIS MENCABAR MENTERI TURUN BERDEBAT ESOK,

JIKA BENAR GST ITU BAGUS!!!

 

Pemuda Sosialis mencabar  YB Dato' Haji Ahmad Husni Menteri Kewangan II, YB Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan serta YB Dato' Hassan Malek Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk turun berdebat di "DEBAT RAKYAT GST" pada 17/3/2015(ESOK), 8pm di Pejabat Malaysiakini.  

 

Sekiranya kerajaan yakin bahawa GST itu adalah satu cukai yang baik dan akan membantu rakyat malaysia, Kerajaan dan Menteri harus menyahut cabaran untuk turun berdebat di kalayah ramai ESOK.  Debat GST ini adalah anjuran Gabungan Membantah GST untuk membincangkan kesan-kesan GST kepada rakyat dan negara sebelum ia dilaksana 1 April.

 

Ramai yang masih keliru dan banyak persoalan yang sedang timbul di kalangan rakyat mengenai GST. Pihak kerajaan boleh menggunakan platform debat esok untuk memberi penjelasan yang jelas tentang GST kepada rakyat Malaysia. Rakyat juga berpeluang untuk mendengar hujah-hujah dan fakta mengenai Impak GST secara langsung daripada pihak kerajaan dan wakil NGO di debat esok.

 

Difahamkan Gabungan Membantah GST telah menghantar jemputan rasmi kepada pihak kerajan sebulan yang lepas untuk jemput hadir berdebat.  Sejak 2 minggu yang lepas ramai rakyat malaysia berkempen di media sosial Facebook, Twitter, Whatsapp dan Call/SMS mendesak Menteri turun berdebat ESOK 17/3/2015, 8pm di Malaysiakini.

 

Adalah amat memalukan sekiranya tiada seorang pun wakil daripada pihak kerajaan, yang berani untuk turun berdebat isu GST esok.  Rakyat sudah bersedia untuk berdebat dengan Menteri mengenai GST. Sekarang masa untuk Menteri dan Kerajaan sahut cabaran dan turun berdebat.

 

Pemuda Sosialis mencabar jika Pak Menteri kata GST itu baik, turunlah berdebat ESOK!  Kami bersama rakyat menanti hujah Pak Menteri.

 

Dikeluarkan oleh

PKS.Kesavan

Setiausaha Pemuda Sosialis, PSM

0103954614






KENYATAAN AKHBAR: 15/11/2014

LAKSANAKAN PENDIDIKAN PERCUMA SEKARANG!

SERUANGERAKAN MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA(GMPP)

 

Kami para anak muda, mahasiswa/i dan para pelajar dari Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) amat kecewa dengan kerajaan Malaysia yang masih enggan untuk melaksanakan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia. Polisi neoliberal dalam sistem pendidikan semakin bermaharajalela dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Statistik menunjukkan lebih banyak wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disalurkan kepada pihak swasta sejak tahun 2007. Sebagai bukti, kolej-kolej kejururawatan seperti Masterskills (MUCH) menerima peruntukan PTPTN yang paling tinggi iaitu lebih 140 juta setiap tahun. Manakala ribuan graduan kejururawatan tidak mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Bagi pengetahuan umum penaung MUCH adalah anak kepada Sultan Perak Datuk Seri Raja Azureen & adik kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib, Datuk Mohamed Nazim. Ini baru satu contoh institusi pegajian tinggi malah di Malaysia beratus IPTS dan Kolej swasta yang sedang menikmati keuntungan jutaan ringgit daripada wang PTPTN.

Pada hari ini sejumlah 634 IPTS dan kolej telah diberi lesen oleh Kementerian Pendidikan untuk beroperasi di Malaysia. GMPP mendakwa kegagalan kerajaan mengawal pertumbuhan IPTS dan kolej swasta serta penyertaan badan korporat dan ahli politik menyebabkan pengaliran wang PTPTN yang begitu tinggi ke kocek golongan korup. Ini telah menjadikan pendidikan satu perniagaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan. Kini yuran pengajian di IPTS melampau tinggi sehingga mencecah 40-60 ribu untuk jurusan Diploma sahaja bagi seorang pelajar. Akhirnya anak muda dijadikan mangsa dengan beban hutang PTPTN yang begitu tinggi.

GMPP turut mempersoalkan nasib graduan pada hari ini untuk melangsungkan kehidupan mereka dalam suasana ekonomi yang cukup mencabar. Kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi bebanan tinggi kepada anak muda dan mahasiswa pada hari ini. Kenaikan harga barangan keperluan, kenaikan harga petrol, spekulasi harga rumah masa kini, perlaksanaan cukai GST dan dihimpit pula dengan hutang PTPTN yang tidak mampu dibayar.

GMPP mengecam keputusan kerajaan baru-baru ini yang mengumumkan untuk menyenarai hitamkan peminjam PTPTN dibawah CCRIS adalah satu tindakan yang tidak adil. Daripada laporan audit sendiri menyatakan rasuah di Malaysia lebih 30billion setiap tahun. Persoalan di sini  kenapa kerajaan tidak berani menyenarai hitamkan pihak-pihak yang korup dan berasuah supaya wang rakyat berbilion ringgit dapat diselamatkan. Jika pentadbiran kerajaan bersistematik tanpa rasuah dan penyelewengan GMPP berpendirian kerajaan Malaysia mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia dari tadika hingga Universit ijazah pertama setiap tahun.

GMPP tegas Pendidikan adalah satu keperluan asas dan bukan komoditi.  Pendidikan  tidak boleh sama sekali diniagakan atau dijadikan sumber perniagaan oleh mana-mana pihak. GMPP mendesak kerajaan melaksanakan segera pendidikan percuma supaya setiap rakyat Malaysia dapat menikmati pendidikan tanpa sebarang halangan.

Oleh itu, sempena GLOBAL WEEK OF ACTION(TO RECLAIM EDUCATION), GMPP akan mengadakan  satu PROTES MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA di hadapan KLCC pada 21 November 2014, pukul 2.30 petang. Berpuluh-puluh gabungan anak muda dari seluruh dunia akan mengadakan protes serentak di merata dunia bermula dari (17-22 November 2014) menuntut Pendidikan Percuma dan membantah penswastaan institut pendidikan.

Sehubungan itu, GMPP menyeru semua rakyat Malaysia terutama anak muda, mahasiswa/i dan para pelajar untuk turun bersama mendesak kerajaan Malaysia  melaksanakan Pendidikan Percuma untuk rakyat Malaysia.

PENDIDIKAN PERCUMA HAK RAKYAT, BUKAN KOMODITI !

Kenyataan ini disokong oleh;

 

1.      Pemuda Sosialis Malaysia (PS)

2.      Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)

3.      Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)

4.      Gabungan Mahasisawa Islam SeMalaysia(GAMIS)

5.      Gagasan Mahasiswa UITM Semalaysia (GAMUS)

6.      Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

7.      Pro Mahasisawa Nasional

8.      Independent Student Front (INSTEF)

9.      Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)

10.  Sisters In Movement (SIM)

11.  Angkatan Rakyat Muda (ARM)

 

 

 





SUARA PEMUDA SOSIALIS: 13/9/2014

ADAKAH PM NAJIB BERANI UNTUK MEMANSUHKAN AKTA HASUTAN?

 

Pemuda Sosialis mengecam Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menipu rakyat Malaysia. Perdana Menteri Najib telah berjanji dua kali pada tahun 2012 dan 2013 untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948. Tapi hari ini, beliau  membuat kenyataan U-turn bahawa kerajaan tidak akan tergesa-gesa untuk memansuhkan  Akta Hasutan. Dimanakah janji dan laungan transformasi beliau selama ini?

 

Sejak 19 Ogos 2014 hingga hari ini, PM Najib sedang mencatat rekod "Raja Hasutan" kerana telah membuat 10 tangkapan di bawah Akta Hasutan 1948 dalam tempoh 26 hari sahaja. Diantara mereka yang ditahan adalah aktivis mahasiswa, ahli akademik, peguam, ahli agamawan dan ahli-ahli politik. Apakah motif sebenar kerajaan? Walaupun dalam  bulan kemerdekaan dan beberapa hari lagi untuk Hari Malaysia, siri penahanan yang berlanjutan di bawah Akta Hasutan menunjukkan negara Malaysia masih dijajah.  Apakah makna kemerdekaan jika kerajaan BN menyambung legasi penindasan penjajah British?

 

Pemuda sosialis membantah sekerasnya  tindakan  kerajaan yang mencabuli hak asasi manusia dengan penahan, pendakwaan dan penghukuman yang tidak berwaras menggunakan Akta zalim ini. Ini adalah satu agenda politik kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan menyekat kebebasan bersuara. Jelas regim BN di bawah pimpinan Najib Razak telah gentar dengan kritikan dan suara rakyat terutama golongan muda.

 

Perkara 10 perlembagaan Malaysia secara jelas menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk bersuara. Penahanan Prof Azmi Sharom, pensyarah undang-undang UM adalah satu pencabulan kebebasan akademik. Adakah Negara kita dalam zaman penjajahan, sehingga ahli akademik tidak boleh memberi pandangan mereka tentang isu semasa dan negara? Dimankah langkah transformasi yang diwar-warkan oleh PM Najib Razak selama ini.    

 

Kekejaman pemerintah bertambah teruk dengan penahanan dan penghukuman aktivis muda seperti Safwan Anang, Ali Abdul Jalil dan sebelum ini Adam Adli. Ini adalah satu taktik kerajaan untuk melemahkan kebangkitan dan suara anak muda yang berani bersuara, melawan dan mengkritik ketidakadilan regim pemerintah.  Mereka bukan mencuri, merompak atau membunuh, malah hanya bersuara!

 

Kerajaan sudah lupa ini adalah taktik lama untuk menakutkan  rakyat terutama anak muda dan mahasiswa, semakin menekan semakin ramai yang akan tampil bersuara. Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan (HASUT) adalah satu gelombang anak muda yang bangkit untuk menghapuskan Akta zalim ini dan Pemuda Sosialis menyokong penuh gelombang HASUT!

 

Pemuda Sosialis sekali lagi mengecam dan memberi amaran kepada PM Najib, hentikan segera segala  penahanan dan mansuhkan sekarang Akta Hasutan 1948 seperti yang telah dijanjikan. Jangan anggap rakyat akan terus berdiam memerhatikan penindasan ini. Kebangkitan rakyat mampu menjatuhkan regim pemerintah seperti yang sedang berlaku di negara-negara luar.

 

Bangkit anak muda & seluruh rakyat Malaysia, tuntut kerajaan tunaikan janji. Bantah Akta Hasutan hari ini sebelum anda jadi mangsa  esok!

 

Oleh,

Ketua Pemuda Sosialis

Bawani ks

0169008202





KENYATAAN MEDIA: 29 APRIL 2014

 

HIMPUNAN 1 MEI: KEBANGKITAN KAUM MUDA MENOLAK GST


Pemuda Sosialis, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru seluruh anak muda turun ke himpunan 1 Mei membantah Cukai GST yang bakal memiskinkan lagi rakyat Malaysia. Berdasarkan statistic yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar di Parlimen, kadar pengangguran anak muda berusia dalam lingkungan 15-24 pada tahun 2012 adalah amat tinggi iaitu sebanyak 10.3% berbanding dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura yang masing-masing mencatatkan 2.8% dan 6.7% sahaja.


Malah berdasarkan Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pula menunjukkan 308,371 penganggur berdaftar terdiri daripada anak-anak muda yang berumur 15-29 tahun.  Ini belum lagi mengambil kira perangkaan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang menyatakan bahawa jumlah keseluruhan isi rumah  tegar di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak ialah 15,805 orang  manakala jumlah isi rumah miskin pula ialah 108,000 orang.


Cukai GST ini bukan sahaja bakal menjahanamkan kehidupan rakyat yang miskin dan miskin tegar malah akan pasti merencatkan kehidupan ekonomi anak-anak muda yang berpendapatan rendah, para pelajar serta golongan  penganggur. Peningkatan kos sara hidup yang mendadak dan kos barangan serta perkhidmatan yang gagal dikawal oleh regim Barisan Nasional ini merupakan satu malapetaka kepada anak-anak muda dalam menguruskan ekonomi harian mereka yang cukup membebankan.


Pengenalan cukai GST ini tanpa apa-apa mekanisma yang boleh mengurangkan beban ekonomi anak-anak muda ini merupakan satu penindasan yang terancang oleh kerajaan terhadap anak-anak muda. Cukai ini hanya akan meluaskan lagi jurang antara yang miskin dan kaya memandangkan anak-anak muda yang tidak pernah membayar cukai sebelum ini pun dipaksa untuk membayar cukai GST.


Himpunan 1 Mei bukan sahaja kebangkitan anak muda bersama kaum pekerja tolak Cukai GST malah ia juga satu amaran kepada regim Barisan Nasional agar hentikan segala penindasan terhadap rakyat marhein. Pemuda Sosialis optimis bahawa perhimpunan 1 Mei lebih ramai anak muda akan bangkit dan turun ke jalan raya.

Ayuh anak muda, pada  1 Mei jam 2.00 petang, kita berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka membantah GST demi masa depan rakyat Malaysia!!!!

Disediakan oleh:

Bawani KS

Ketua Pemuda Sosialis

Parti Sosialis Malaysia

0169008202




KENYATAAN MEDIA: 06 MARCH 2014

 

INSIDEN LOJING: JALANKAN SIASATAN TELUS SERTA LINDUNGI ORANG ASLI

 

Pemuda Sosialis PSM memandang serius akan insiden serangan membabitkan 100 individu yang disyaki pekerja asing keatas penduduk-penduduk Orang Asli di Lojing Gua Musang yang menyebabkan seorang berada dalam keadaan koma dan seorang lagi menerima jahitan akibat kecederaan. Serangan ini dikatakan mempunyai kaitan dengan tuntutan Orang Asli ke atas tanah adat mereka di Lojing.


Sehingga kini pihak Polis masih belum membuat sebarang tangkapan malah tiada sebarang perkembangan terkini mengenai kes serangan berkenaan. Timbul spekulasi mengatakan bahawa pihak Polis tidak mengambil peduli akan kes ini dan menyebelahi majikan yang mengupah pekerja-pekerja yang terlibat dalam serangan ini malah ada juga dakwaan bahawa pihak Polis mengambil pendekatan menyiasat sambil lewa akan kes serangan ini.


Kini beban tanggugjawab untuk membela nasib dan keselamatan komuniti Orang Asli di Lojing diletakkan ke atas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) apabila wakil Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Malaysia (JKOASM), Shafie Dris menyerahkan aduan kepada SUHAKAM dalam usaha untuk menyelesaikan kemelut dan penderitaan Orang Asli yang selama ini menjadi mangsa rakus kapitalis.


Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS juga dilihat agak lesu dan semacam tidak memberikan penekanan serius terhadap isu membabitkan komuniti ini. Pembangunan itu penting namun harus diingat bahawa pembangunan seharusnya seiring dengan aspirasi sesebuah komuniti dan bukannya pembangunan yang bersifat menjahanamkan tradisi dan budaya komuniti Orang Asli.


Sejak 1995, Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan beberapa syarikat menggondolkan kawasan persekitaran yang menjadi tempat tinggal dan buruan komuniti Orang Asli ini dijadikan sebagai kawasan tanaman sayur-sayuran. Sungai Belatop di Kampung Seng Sang misalnya menjadi kotor dan tidak sesuai lagi untuk digunakan oleh masyarakat Orang Asli Suku Temiar disitu. Malah masih tidak jelas sama ada janji kerajaan negeri untuk memberikan geran tanah kepada komuniti Orang Asli di Lojing ini sudah ditunaikan ataupun belum.


Sehubungan dengan itu, Pemuda Sosialis menggesa pihak Polis, SUHAKAM dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk bersikap telus, jujur serta membantu menyelesaikan dengan segera tuntutan tanah adat Orang Asli di Lojing yang telah berlarutan sekian lamanya.  Kerajaan Negeri perlu menyatakan pendirian mereka terhadap isu ini dengan kadar yang segera dan bukannya bersikap berdiam diri. Malah, Putrajaya juga perlu bersikap adil dengan membela komuniti Orang Asli diseluruh Malaysia dan bukannya menghalalkan pengusiran dan penindasan yang berlaku keatas Komuniti Orang Asli di negara ini atas nama pembangunan.

 

Disediakan oleh:

Edwin Michael

Setiausaha Agung Pemuda Sosialis

Parti Sosialis Malaysia

0124006470

 




KENYATAAN MEDIA: 29 APRIL 2014

 

HIMPUNAN 1 MEI: KEBANGKITAN KAUM MUDA MENOLAK GST


Pemuda Sosialis, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru seluruh anak muda turun ke himpunan 1 Mei membantah Cukai GST yang bakal memiskinkan lagi rakyat Malaysia. Berdasarkan statistic yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar di Parlimen, kadar pengangguran anak muda berusia dalam lingkungan 15-24 pada tahun 2012 adalah amat tinggi iaitu sebanyak 10.3% berbanding dengan negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura yang masing-masing mencatatkan 2.8% dan 6.7% sahaja.


Malah berdasarkan Laporan Ekonomi 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pula menunjukkan 308,371 penganggur berdaftar terdiri daripada anak-anak muda yang berumur 15-29 tahun.  Ini belum lagi mengambil kira perangkaan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri yang menyatakan bahawa jumlah keseluruhan isi rumah  tegar di negara kita termasuk di Sabah dan Sarawak ialah 15,805 orang  manakala jumlah isi rumah miskin pula ialah 108,000 orang.


Cukai GST ini bukan sahaja bakal menjahanamkan kehidupan rakyat yang miskin dan miskin tegar malah akan pasti merencatkan kehidupan ekonomi anak-anak muda yang berpendapatan rendah, para pelajar serta golongan  penganggur. Peningkatan kos sara hidup yang mendadak dan kos barangan serta perkhidmatan yang gagal dikawal oleh regim Barisan Nasional ini merupakan satu malapetaka kepada anak-anak muda dalam menguruskan ekonomi harian mereka yang cukup membebankan.


Pengenalan cukai GST ini tanpa apa-apa mekanisma yang boleh mengurangkan beban ekonomi anak-anak muda ini merupakan satu penindasan yang terancang oleh kerajaan terhadap anak-anak muda. Cukai ini hanya akan meluaskan lagi jurang antara yang miskin dan kaya memandangkan anak-anak muda yang tidak pernah membayar cukai sebelum ini pun dipaksa untuk membayar cukai GST.


Himpunan 1 Mei bukan sahaja kebangkitan anak muda bersama kaum pekerja tolak Cukai GST malah ia juga satu amaran kepada regim Barisan Nasional agar hentikan segala penindasan terhadap rakyat marhein. Pemuda Sosialis optimis bahawa perhimpunan 1 Mei lebih ramai anak muda akan bangkit dan turun ke jalan raya.

Ayuh anak muda, pada  1 Mei jam 2.00 petang, kita berarak dari KLCC ke Dataran Merdeka membantah GST demi masa depan rakyat Malaysia!!!!

Disediakan oleh:

Bawani KS

Ketua Pemuda Sosialis

Parti Sosialis Malaysia

0169008202


KENYATAAN AKHBAR: 21/2/2014

GMPP) BANTAH,  TPPA  MENJEJASKAN KEBEBASAN MAKLUMAT & MENGETATKAN HAKCIPTA!

 

Kami para anak muda, mahasiswa/i dan para pelajar dari Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) amat kecewa dengan kerajaan yang masih giat berunding dalam Trans Pacific Partnership Agreement(TPPA) walaupun dibantah oleh pelbagai sektor rakyat Malaysia. Rundingan ini yang dianggotai oleh 12 buah negara sebenarnya merupakan platform untuk menjaga kepentingan pihak korporat  Amerika di rantau Asia Pasifik semata-mata.

TPPA, kami difahamkan menuntut terma-terma hakcipta intelek bagi penulisan buku cetak dan internet diperketatkan selaras dengan perundangan di Amerika Syarikat. Jika perjanjian ini ditandatangani maka tindakan ini akan memaksa kesemua Negara TPP mengetatkan lagi perundangan hakcipta di negara  masing-masing.

Jika tempoh hakcipta intelek bagi semua penulisan ilmiah/buku-buku ditambah, maka rakyat di negara-negara TPPA terpaksa menanggung bayaran royalti untuk tempoh yang lebih lama.

Lanjutan tempoh Hakcipta

Pihak Amerika Syarikat mencadangkan bahawa hak intelek seperti penulisan buku dilanjutkan tempoh hak ciptanya daripada 50 tahun ke 140 tahun! Ini bermaksud sesebuah buku yang ditulis oleh penulis asal tidak boleh dicetak semula/difotostat semula tanpa kebenaran pemegang hakcipta asal tersebut dengan membayar royalti untuk karya tersebut .

Jika pemegang hakcipta (penulis) merupakan seorang individu, tempoh hakcipta akan berlangsung untuk tempoh hayatnya tambah 70 tahun selepas kematian individu tersebut. Ini bermaksud hasil tulisan tersebut hanya dapat digunakan oleh pelajar (tanpa apa jua royalti) selepas 140 tahun! (iaitu 70 tahun tempoh hayat seseorang + 70 tahun lanjutan hakcipta).

 

Kini Perbadanan Harta Intelek Malaysia hanya memperuntukkan 50 tahun tempoh hakcipta sah selepas kematian pengarang /pencipta asal sesebuah karya. Jika TPPA ditandatangani, maka Malaysia juga akan dipaksa untuk mengubah tempoh hakciptanya kepada 70 tahun selepas kematian pengarang . Jika hakcipta dipunyai oleh sesebuah badan swasta (bukan individu) tempoh hakciptanya ialah 95 tahun selepas penerbitan yang pertamanya!

 

Jika perjanjian TPPA ini ditandatangani oleh Malaysia maka akses maklumat akan terbantut kerana pemerolehan buku-buku teks rujukan pelajar sekolah dan universiti tidak boleh diperolehi daripada sumber ketiga. Ianya akan dihalang daripada dicetak semula atau difotostat dengan kos yang murah.

Para pelajar sekolah dan mahasiswa terpaksa membeli buku sedemikian dengan harga tinggi mencecah beratusan ringgit daripada penerbit asal.

Tuntutan sedemikian oleh TPPA hanya memberikan hak ekslusif kepada pemilik hakcipta untuk mengaut keuntungan daripada karya-karya kreatif. Biasanya hak ini disalahgunakan apabila hak ini secara langsung menyekat penyebaran informasi budaya dan pengetahuan umum yang penting daripada rakyat.

Lanjutan tempoh hakcipta melebihi hayat pencipta karya tidak sebenarnya menjaga kepentingan pencipta tersebut ataupun mengalakan beliau menghasilkan lebih banyak karya. Ia hanya untuk menguntungkan syarikat-syarikat penerbit yang mengeluarkan hasil karya tersebut secara berterusan walaupun penulis tersebut sudah meninggal.

Rujukan Perpustakaan terjejas

Perlanjutan tempoh hakcipta ini juga akan memberi kesan kepada program pendigitalan di perpustakaan, yang boleh menyebabkan banyak hasil kerja yang telah di digitalkan untuk akses orang awam dibuang dari simpanan data, menghadkan penggunaan semula atau penggunaan kerja yang sepatutnya bebas  hakcipta

Meningkatkan harga barangan perpustakaan; sekaligus kepada pengurangan pembelian buku-buku oleh perpustakaan. Bukan sahaja perpustakaan yang akan menerima kesannya, malah yang turut terkena implikasinya adalah orang awam serta para pelajar yang mahu membuat salinan fotokopi untuk buku teks.

Pada tahun 2012 , pertubuhan The International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA) , sebuah badan antarabangsa yang mewakili kepentingan perpustakaan dan informasi dari seluruh dunia juga membidas perjanjian TPPA ini . IFLA berpendapat bahawa walaupun hak pencipta karya asal harus di jaga tetapi ianya perlu diimbangi oleh kebolehan rakyat jelata untuk mengakses maklumat tersebut tanpa apa jua sekatan.

IFLA amat risau tentang implikasi TPPA keatas hak asasi ini, dengan lanjutan tempoh hakcipta. Dengan jelas, ianya tidak mengimbangi keperluan akses maklumat untuk rakyat jelata.  

Perjanjian Rahsia!

Oleh kerana segala dokumen perbincangan rundingan TPPA/FTA ini diantara Malaysia dan Amerika Syarikat diadakan dalam bilik tertutup dan dikawal oleh persefahaman rahsia, maka rakyat Malaysia langsung tidak mengetahui sama ada bab Hak Cipta Intelek ini telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia dalam perjanjian ini .

Kami hanya menerima makluman melalui beberapa teks yang dibocorkan daripada rundingan ini, dimana ianya jelas menyatakan hasrat Amerika Syarikat menuntut lanjutan tempoh hak cipta.

Dengan menandatangani perjanjian ini, maka syarikat-syarikat penerbit akan diberikan lebih kuasa untuk menyaman sesiapa yang membuat salinan fotokopi, muatnaik dalam internet atau membuat salinan dalam apajua cara sekali pun sesuatu buku atau hasil karya tanpa kebenaran penerbit hak cipta terpelihara tersebut .

Perjanjian ini juga boleh diperluaskan untuk menghalang kemasukkan buku dari negara ketiga. Iaitu suatu buku yang ditulis dan diterbitkan di Amerika tidak juga boleh diimport jika ianya dicetak semula di Vietnam misalnya.

Justeru itu kami para mahasiswa, pelajar dan anak muda membantah apa jua lanjutan tempoh hak cipta intelek sepertimana yang dituntut oleh Amerika Syarikat dalam perjanjian TPPA ini. Kerajaan harus menyatakan dengan telus isi kandungan perbincangan TPPA  ini serta memaklumkan kepada rakyat Malaysia mengenai isu –isu yang telah dipersetujuinya sehingga kini.

Kini rundingan TPPA dipercayai pada tahap terakhir dan rundingan seterusnya akan berlangsung di Singapura pada 21hb Februari 2014. TPPA dijangka akan dimeterai apabila Presiden Amerika Barack Obama melawat Asia pada bulan April ini. Kami menuntut semua anak muda dan pelajar untuk bangkit membantah rundingan ini yang pastinya akan menjejaskan masa depan para pelajar di negara ini.

KAMI MENUNTUT KERAJAAN HENTIKAN RUNDINGAN TPPA INI DENGAN SEGERA!

HENTIKAN TPPA! TPPA MEMJEJASKAN MASA DEPAN PELAJAR!

 

Kenyataan ini disokong oleh;

1.       Pemuda Sosialis Malaysia (PS)

2.      Gabungan Mahasisawa Islam SeMalaysia(GAMIS)

3.      Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA)

4.      Gagasan Mahasiswa UITM Semalaysia (GAMUS)

5.      Pro Mahasisawa Nasional

6.      Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

7.      Independent Student Front (INSTEF)

8.     Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM)

9.      Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen(KAMI)



KENYATAAN MEDIA: 18 FEBRUARI 2014

 

HENTIKAN PENGEDARAN PIL AJAIB DIMENSI 108 DISEKOLAH DENGAN SEGERA

 

Pemuda Sosialis PSM mendesak Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Kementerian Kesihatan menghentikan pengedaran 'pil ajaib' Dimensi 108 disekolah-sekolah seluruh negara dengan kadar yang segera. 

 

Pil ajaib Dimensi 108 yang kini giat diedarkan semula secara aktif di sekolah-sekolah seluruh Malaysia ini kononnya dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah tingkah laku pelajar serta mampu membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka dalam jangka masa pendek iaitu 20 hari.

 

Antara faedah pengamalan pemakanan Pil Ajaib Dimensi 108 ini ialah hormat kedua ibu bapa, boleh membezakan perkara yang baik dan buruk, rajin berusaha dan berdikari, berakhlak baik dan mulia, mempunyai ketahanan terhadap penyakit, mengamalkan gelagat yang positif, cerdas minda [bijak berfikir] dan memiliki fikiran, kesihatan dan rohani yang baik.

 

Tindakan syarikat Tiga G Dimensi Satu Kosong Lapan Sdn. Bhd. ini yang turut mendapat sokongan daripada Majlis Guru Besar Malaysia perlu dihentikan dengan serta-merta sehingga Kementerian Kesihatan melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan memberikan perincian yang jelas berhubung kesahihan kandungan dan kesan pengambilan pil ini.

 

Malah, sikap berdiam diri Kementerian Pendidikan berhubung isu ini nyata menimbulkan tanda tanya sama ada wujud sebarang kepentingan mana-mana individu dalam meluluskan program pengedaran pil ajaib ini untuk diedarkan kepada para pelajar disekolah seluruh Malaysia.

 

Pemuda Sosialis juga menuntut penjelasan kukuh daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan sama ada sebarang kajian saintifik secara terperinci telah dijalankan sebelum memberikan pil ajaib ini kepada para pelajar sekolah.  Ini kerana menurut kajian oleh Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association) mendapati bahawa sebiji pil ajaib Dimensi 108 seberat 500mg ini hanya mengandungi 95% gula dan 7.5mg atau 1.5% herba. Jika dakwaan ini benar maka secara langsung kerajaan Malaysia menghalalkan satu bentuk jenayah terancang dengan menjadi pelajar-pelajar sekolah sebagai mangsa. Malah, mengikut undang-undang produk makanan, penggunaan ayat 'Kuasa Mengubah Perangai' sebagai "tagline" produk tersebut juga turut menyalahi Peraturan 18(1A), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

 

Pemuda Sosialis juga merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 30 Ogos 2013 yang menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan surat pengkelasan produk makanan yang dipaparkan dalam blog produk makanan 'Dimensi 108' yang kononnya dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu bertarikh 21 April 2011, adalah palsu.  Malah, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa pihak kementerian telahpun membuat satu laporan polis berkenaan isu ini. Apa hasil siasatan pihak Polis berhubung isu ini dan mengapa tiada tindakan susulan diambil keatas syarikat ini?

 

Oleh itu, Pemuda Sosialis menyeru agar ibu bapa menasihati anak-anak mereka untuk tidak mengambil pil gula ini dan pada masa yang sama menuntut penjelasan daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan motif pengedaran pil gula ini disekolah.

 

Disediakan oleh:

Edwin Michael

Setiausaha Agung Pemuda Sosialis

Parti Sosialis Malaysia

0124006470