-

-

Saturday, July 23, 2011

R Saratbabu – Aktivis Pemuda yang Berani (Tahanan PSM dalam Ordinan Darurat)



 


R Saratbabu @ Babu merupakan anak bongsu dalam keluarganya yang terdiri daripada 5 orang adik – beradik. Ibubapa Babu yang merupakan Pejuang Kg. Chepor telah menjadi asas kepada babu untuk melibatkan diri dalam perjuangan dan kerja – kerja untuk masyarakat. Sejak kecil lagi , Babu mendapat pendedahan secara tidak langsung akan mesyuarat , kumpulan , aktiviti dan tindakan pejuang – pejuang Kg. Chepor. Setelah mencapai umur 17 tahun , Beliau telah mengorak langkah menubuhkan satu kumpulan pemuda dalam kalangan anak – anak pejuang Kg. Chepor. Isu penubuhan ini telah diutarakan kepada Saudari M. Sarasvathy selepas tamatnya Program Sambutan Kejayaan Perjuangan  Kg. Chepor dan pada tahun 2005 Pemuda Fron Alaigal ditubuhkan dengan 10 orang ahli.

Pemuda Alaigal menjadi satu kumpulan yang menganjurkan program – program berfaedah kepada anakmuda – anakmuda sekitar Ipoh. Dari situlah , Saya mengenali M. Sarasvathy penyelaras Pemuda Alaigal dan Pengasas Pemuda Alaigal R Saratbabu melalui satu program kebudayaan pada Disember 2006. Saya telah menyertai program tersebut seterusnya menyertai Kem Aankmuda Sosialis -1 di Port Dickson pada March 2007. Selepas kem tersebut , Saya telah dipelawa oleh M. Sarasvathy menyertai Pemuda Alaigal. R Saratbabu juga memikul tanggungjawab  sebagai ketua pemuda sosialis nasional pada Mei 2011. Justeru ,  Babu yang saya kenal hari itu sehinggalah harinya beliau ditahan dalam Ordinan Darurat beliau tetap berani kerana bangga akan perjuangan rakyat yang dilakukannya .

R Saratbabu juga memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas ayahnya mengalami strok 2 tahun lepas. Beliau mendapat asas – asas kepimpinan dan sifat tanggungjawab daripada keluarganya , ini seterusnya menjadikan Babu seorang yang sangat berkaliber dalam perjuangan. Pekerjaan beliau adalah sebagai guru tuisyen dirumahnya dan mempunyai satu imej yang baik dalm kalangan masyarakat setempat sebagai pendidik dan aktivis masyarakat . 2 tahun lepas juga , beliau mula mengajar di Pusat Tuisyen. Bemula tahun 2008 sehingga 2009 beliau cuba dan terus cuba untuk mendapatkan tempat untuk Kursus Eksternal BOJ di Universiti Malaya tetapi gagal. Nanun , tekad dan aspirasi untuk mempelajari undang – undang akhirnya membuahkan hasil apabila kali ketiga beliau memohon dan beliau berjaya mendapat tempat untuk Kursus Eksternal BOJ – UM. Babu yang mempunyai tanggungjawab besar dalam keluarganya , pekerjaan dan pelajaran tidak pernah melepaskan perjuangan dan terus berkhidmat untuk rakyat dan anakmuda yang tertindas. Persepsi saya ,Babu seorang yang tidak mudah putus asa dan mampu menangani apa jua masalah dengan baik.
Hampir 5 tahun saya mengenali Saudari M. Sarasvathy dan Saudara R Saratbabu , Mereka mementingkan perjuangan bersama rakyat dan memobilisasi rakyat. Walaupun , Babu sangat aktif dalam kegiatan Pemuda namun beliau juga memikul tanggungjawab – tanggungjawab lain seperti membantu dalam PSM Bercham. Pelbagai aktiviti seperti Kem Anak Muda , Liga Bola Sepak , Seminar Peperiksaan , Lawatan Sambil Belajar , Sukaneka , Karnival dan lain – lain diadakan untuk anakmuda – anakmuda sekitar dengan tujuan dapat menghindarkan mereka daripada gejala social dan menarik mereka kearah membantu masyarakat sekeliling. Selain itu , komitment beliau pada peringkat cawangan dan PSM Nasional juga saya melihat sebagai sesuatu yang penting kepadanya kerana daripada penglibatan dalam beberapa komponen ini menjadikan Babu lebih berpengalaman. Babu sentiasa mencari sesuatu untuk dibuat. Cara koordinisasi beliau saya amat kagum dimana beliau akan koordinisasi sesuatu perkara secara menyeluruh dengan baik. Beliau juga menjadi Salah seorang Penyelaras Negeri Perak Kempen Basikal JERIT 2008 dan berjaya menamatkan kempen 17 hari tersebut dengan begitu teratur. Babu mementing prinsip pemusatan demokrasi dimana keputusan dibut secara majority dengan amengambil kira pendapat semua orang yang hadir dalam satu – satu mesyuarat. Saya banyak membelajar daripada R Saratbabu dan M. Sarasvathy antaranya adalah tiada diskriminasi umur diantara kami semasa berdebat , pemusatan demokrasi dan lain – lain lagi.

Apabila saya kecewa dan marah dengan satu – satu individu ataupun perkara , Babu akan cakap " Hussein ,Kita kerja untuk Parti dan Rakyat yang lain tidak penting ". Kata – kata itu akan sentiasa diulang kepada saya atau sesiapapun yang akhirnya memberi kematangan untuk bergerak kehadapan lagi. Babu juga seorang yang bergaul sosial dengan semua orang dan begitulah saya dan beliau menjadi sahabat yang rapat. Hampir Saban hari kami berjumpa membincangkan aktiviti pemuda , Parti dan peribadi seperti keluarga , pelajaran , kewangan dan lain – lain. Saya mendapat kepercayaan Babu dalam berkongsi apa jua perkara dan ada masanya kami akan berdebat berjam – ja untuk mendapatkan satu konklusi yang baik.

Pada hari Babu ditahan semula dalam diberi notis EO , Saya berasa sungguh sedih kerana beliau ada peperiksaan pada 3 July di Universiti Malaya. Saya bersama ibubapanya pergi berjumpa beliau di IPD Kepala Batas selama 5 minit dan menerima notis , saya tidak dapat menerima keadaan tersebut yang berlaku dalam sehari bahkan semuanya hancur , Kali pertama saya melihat Babu berjanggut dan senyum melihat kearah saya dengan tangan yang digari. Saya mengalirkan air mata , Babu terus cakap Hussein jangan sedih saya akan keluar selepas BERSIH 2.0 , seorang polis sedang merakam video perbualan kami dengan begitu tenang Babu mengatakan " Kes sosilawati pun mereka tak dapat selesaikan , nak tangkap kita pulak ". Senyuman babu pada hari itu menunjukkan seribu kesedihan , saya mengerti. Babu terus mengatakan " Hussein , samapai sinilah pelajaran saya….. ". Saya psti beliau sedih tidak dapat menduduki peperiksaan , tidak dapat bersama keluarga , tidak dapat bersama Pemuda Alaigal dan semestinya Perjuangan Rakyat dalam PSM.

R Saratbabu , bagi saya adalah warganegara Malaysia yang berguna , berani mengutarakan pendapat di mana jua dalam apa keadaan jua. Keberanian itu membara dihati saya dimana saya telah mengambil beberapa tanggungjawabnya sekarang dan saya berasa sungguh teruja kerana selepas Babu ditahan seluruh rakyat Malaysia berpeluang mengetahui EO = ISA yang kejam yang membunuh hak demokrasi bersuara. Biarkan pengorbanan 6 aktivis PSM ini menghidupkan Demokrasi di Malaysia. Saya tahu dan kenal keenam – enam tahanan EO , Mereka adalah aktivis sosialis yang berjuang untuk rakyat miskin dan terindas serta berusaha mewujudkan satu keadaan ekonomi sosialis yang adil untuk rakyat Malaysia. R Saratbabu perlu dan akan dibebaskan , Saya mahu beliau teruskan perjuangan ini dan semestinya pelajaran dan cita – cita beliau untuk menjadi peguam.

Oleh ,

Muhammad Hussein
Pemuda Sosialis

Hidup Rakyat , Hidup Perjuangan , Mansuh EO = ISA , Bebaskan Tahanan

No comments:

Post a Comment