-

-

Wednesday, August 24, 2011

Terharu melihat sokongan ramai: Chon Kai rasa penahanannya "berbaloi"


Lim Hong Siang | Aug 10, 2011 05:27:41 pm

Di luar dugaan, rakyat jelata tanpa rasa takut tampil untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan, sepanjang tempoh penahanan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) - sehingga mereka dibebaskan.  Sokongan yang melambak ini amat terharu buat Choo Chon Kai, antara enam orang tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO6), sehingga menganggap penahanan terhadap dirinya adalah "berbaloi"!

Choo Chon Kai (gambar kanan) agak terkilan apabila diberitahu oleh peguamnya pada 7 Julai, bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 akan diadakan di dalam stadium.  Beliau bimbang keputusan ini bakal menggagalkan perhimpunan BERSIH 2.0, lantas memberi tamparan terhadap gerakan demokrasi di Malaysia.

Beliau yang diputuskan dari semua saluran maklumat sungguhpun resah dengan apa yang berlaku pada 9 Julai, namun tetap enggan bertanya pegawai polis ataupun SB (anggota cawangan khas) mengenai perhimpunan tersebut.  "Kerana saya sedar, mereka tidak akan memberitahu apa yang berlaku sebenarnya.  Ada yang berkata kepada saya, hanya 20 orang ditangkap, dan Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) terjatuh dari motorsikal," katanya.

Sehinggalah Setiausaha Agung PSM, Arutchelvan dibenarkan untuk mengunjunginya pada 15 Julai, membawakannya khabar yang cukup memberangsangkan Chon Kai, meskipun masih berada dalam tahanan.  50 ribu peserta menembusi sekatan polis dalam bandar, malah Marina Mahathir, anak mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga turun ke jalan raya.

"Saya teruja dengan khabar itu.  Dengan tiba-tiba, bersemangat semula..." katanya ketika diminta untuk menyifatkan perasaannya pada ketika itu, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, pada 7 Ogos 2011.

Petugas bank sanggup menunggu

Bagaimanapun, kejayaan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 tidak membebaskan EO6 serta-merta, malah ada suara yang mempertikaikan Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan kerana tidak mensyaratkan agar EO6 dibebaskan sebelum bersetuju untuk berhimpun di stadium.  Ambiga (gambar bawah) menghadiri candle light vigil menuntut pembebasan EO6 hampir setiap malam, malah mendakwa BERSIH 2.0 hanya akan menyambut kejayaannya setelah EO6 dibebaskan.

Apakah mereka yang masih ditahan itu "tersinggung" apabila pembebasan mereka tidak dijanjikan terlebih dahulu, sebelum BERSIH 2.0 mengangguk kepada perhimpunan dalam stadium?

"Itu tidak mustahak," jawab Chon Kai secara terus-terang, malah beberapa kali menegaskan, "Yang penting, perhimpunan BERSIH 2.0 berjaya diadakan!"

Meskipun sedikit "ralat" kerana gagal turut serta dalam perhimpunan BERSIH 2.0, namun segala-galanya terubat apabila Chon Kai diceritakan oleh rakan seperjuangannya, bagaimana masyarakat umum menghulurkan tangan dan menyuarakan sokongan mereka sepanjang penahanan EO6.

"Saya terperanjat dengan apa yang telah dilakukan dalam tempoh sebulan itu.  Bayangkan, lebih 600 laporan polis dibuat untuk membantah penahanan EO6 dalam masa satu hari.  Sebelum ini ada pihak juga membuat laporan polis untuk membantah perhimpunan BERSIH, jadi mereka sedar betapa susahnya nak mengerah tenaga untuk melakukan kerja-kerja itu.  Namun, parti yang kecil seperti kami mampu melakukannya.  Pengadu bertindak atas inisiatif sendiri, bukan kerana menerima wang..." sindirnya secara berlapik.

Apa yang lebih terharu buat Chon Kai, dan juga rakan-rakan seperjuanganya adalah, sokongan daripada rakyat jelata terhadap parti politik yang namanya mungkin tidak dikenali sebelum ini.  Chon Kai diceritakan bagaimana PSM perlu mengumpul RM192 ribu dalam masa dua jam, untuk mengikat jamin 24 tahanan (RM8,000 setiap orang) pada 4 Julai 2011, di Mahkamah Majistret/Seksyen Butterworth.

"Mereka sengaja melengah-lengahkan sehingga kira-kira jam 4.30 petang.  Maknanya, seandainya wang gagal dikumpulkan sebelum bank tutup pada jam 5 petang, maka 24 orang tahanan tersebut perlu meringkuk satu malam lagi di lokap.  Namun, kami diberitahu petugas bank, 'Jangan risau, kami sanggup menunggu, kerana kami sokong kamu semua!'"

"Dan petugas bank itu terdiri daripada pelbagai kaum..." katanya, yang masih terharu dengan adegan itu.  Choo Chon Kai mengisahkan semula cerita-cerita ini kepada MerdekaReview.  "Mereka sokong dengan tindakan mereka.  Peguam kami, Edmund Bon, lampu pejabatnya masih menyala, dan ramai stafnya masih bekerja untuk permohonan habeas corpus kami, pada awal pagi, ketika Arul pergi untuk menyerahkan dokumen yang diperlukan."

Ini belum termasuk kira-kira 5,000 orang doktor swasta di seluruh negara yang tampil menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput Jeyakumar Deveraj; Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) juga membuat kenyataan... semua ini berlaku buat kali pertama, kata Chon Kai.

"Candle light vigil hampir setiap malam, kenyataan bersama, petisyen dan sebagainya... Tekanan yang begitu besar ke atas kerajaan.  Malah, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga melalui twitternya membantah penahanan Jeyakumar Deveraj!"

Mengapa tidak dibebaskan serta-merta selepas 709?

Jika itulah tekanannya, mengapa EO6 tidak dibebaskan serta-merta selepas 709?

Menurut analisa Choo Chon Kai, banyak faktor, terutamanya "arus yang menderas di bawah permukaan" menjurus kepada keadaan sebegitu.  Beliau berkata, polis dan kerajaan BN menerima tamparan sengit pada 709, kerana dengan segala sekatan yang dilakukan, mereka gagal menghalang kemaraan rakyat.  Justeru itu, seandainya mereka terus dibebaskan sehari selepas 709, maka ia satu tamparan lagi untuk polis.

Chon Kai meramalkan arahan penangkapan terhadap aktivis PSM itu datang dari pimpinan atasan.  Dua bas, dengan satu dari Utara dan satu dari Selatan, ditahan dengan alasan yang sama, iaitu disyaki memiliki senjata.  Padahal, mereka telah menerima satu sms, mendakwa PSM akan mencetuskan huru-hara, malah maklumat nombor plat bas mereka turut dinyatakan dalam sms tersebut.

"Kedua-dua bas kami ditahan dengan tuduhan yang amat berat, mustahil ia berlaku secara 'kebetulan'.  Kemungkinan besar arahan untuk menahan kami datang dari pimpinan atasan," kata Chon Kai.

Beliau selanjutnya berkata, siasatan dimulakan dengan Seksyen 122 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong.  Mengikut logik, polis seharusnya menggeledah rumah dan pejabat tahanan, kerana ia tuduhan yang serius, katanya.

"Namun ia tidak berlaku dalam tujuh hari pertama selepas kami ditahan.  Ini bermakna polis sendiri tidak percaya tuduhan sebegitu!"  katanya sambil ketawa.  Beliau mengulas kemudian, bahawa tuduhan yang berat itu dikenakan untuk menakut-nakutkan orang ramai, supaya tidak berani tampil menyokong tahanan.

Mengapa pula PSM dijadikan sasaran?  "Kerana PSM sebuah parti yang kecil.  Seandainya PAS disasarkan, mungkin ia mengundang kesan sebaliknya, kerana ramai yang akan bangkit menyatakan bantahan.  Mungkin kerajaan menganggap dengan parti yang kecil sebegitu, ditambah pula tuduhan yang berat, mereka berjaya menghalang penyertaan rakyat, dengan ketakutan yang cuba disemaikan."

Chon Kai meneruskan, "Tapi kesemua ini tidak berlaku!  Rakyat tetap menyertai candle light vigil, malah perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan dengan kehadiran yang begitu memberangsangkan!"

Satu ujian terhadap anutan politiknya

Chon Kai menjangkakan dirinya bersama rakan seperjuangannya yang lain akan ditahan lebih lama.  "Mereka menyemak rekod kami ke luar negeri.  Asalkan kami pernah melawat selatan Thai, kami akan dikaitkan dengan Parti Komunis Malaya (PKM).  Untuk regim ini, mereka sanggup mencari pelbagai alasan untuk menghalalkan penahanan ke atas kami.  Masakan T-shirt pun boleh dijadikan senjata, apa lagi yang tidak boleh?"

Chon Kai menekankan, penangkapan mereka sebermulanya, dan pembebasan mereka di penghujungnya - kesemuanya adalah keputusan politik!  Untuk dirinya, penahanan ini adalah satu ujian - sejauh manakah dirinya yakin dengan anutan politiknya.  Chon Kai yang kini semakin yakin dengan perjuangannya berkata, "Melihat kepada kesedaran dan kebangkitan rakyat, penahanan ke atas diri saya selama 30 hari itu, berbaloilah!"
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Sunday, August 7, 2011

PSM6 supporters' appreciation event


Parti Sosialis Malaysia (PSM) held a dinner to thank supporters, their lawyers, NGOs and well-wishers who had stood by them and faithfully attended the candlelight vigils held almost everynight for the release of six of their activists detained on June 25.
The vigils had been organised from the date of their detention to their final release on July 29.
The PSM 6 as they have been called are: The six are Sungai Siput MP Dr Jeyakumar Devaraj, PSM activists Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, and A Letchumanan.
 
Bersih 2.0 may have had its fair share of persecution from the authorities, but it was guilt over the detention of six PSM detainees under the Emergency Ordinance which haunted the steering committee days prior to the July 9 rally.
psm thanksgiving dinner 060811 s ambigaAnd yet, said the coalition for clean and fair elections' chairperson S Ambiga (right), it was the PSM 6's strength and determination that pushed them through.

"We felt very bad… and then we got messages back from those who were detained, saying: "Carry on with the rally on July 9. We are with you, we are not afraid".
"(The PSM 6) took the hit and the heat for Bersih, and we thank them for being so strong. We thank them for never wavering and always showing strength in a very critical time," Ambiga said at PSM's thanksgiving dinner on Saturday night.

psm thanksgiving dinner 060811 eo 6 front imageBut while the 300-odd who thronged the Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall had come to celebrate their "superheroes"— (left to right) PSM Bayan Baru branch president Choo Chon Kai, PSM deputy president M Sarasvathy, Youth chief R Saratbabu, Sungai Siput MP Dr Michael D Jeyakumar, branch secretary AP Letchumanan and Sungai Siput branch leader M Sukumaran — feted last night was the rakyat.

Kicked off on a solemn note with a one-hour vigil for the repeal of the Emergency Ordinance and the Internal Security Act, the celebratory dinner took on a festive note as both lighthearted and touching presentations were given by civil society representatives.
'The people united'
Garnering big cheers was guitar-playing Suaram director Kua Kia Soong who, after introduced as a "famous Latin American singer" got the audience singing along to a song adapted from Spanish, with the catchy chorus: "the people united will never be defeated".
psm thanksgiving dinner 060811 dr nasirPeople power was indeed the theme of the night with many speakers reminding the audience that it was the pressure that they placed on the government which led to the PSM 6's release on July 29, after 28 days in detention.
For PSM chairperson Dr Nasir Hashim (right), the support of the rakyat was both an "inspiration" and an affirmation of the power of grassroots activism in which the socialist party traces its foundations.
"(The authorities) failed to detain (the PSM 6) for longer, because they made a mistake. They thought we were a small party, but we have a history of activism and we have good friends.
"The bail set (for the 24 arrested on June 24) was RM8,000, (a total of) RM192, 000 but we managed to get the money to bail them out because there was a show of solidarity… We are now united, and that if you touch any one of us, we are (all) going to react," he said to thundering applause.
Also a hit was PAS deputy president Mohamad Sabu, who stepped on stage on crutches, having recovered enough from injuries sustained during the Bersih 2.0 rally to abandon the wheelchair.
Pointing to double standards in police enforcement, Mohamad said none of the silat leaders were arrested despite them announcing that they are willing to "spill blood" against Bersih 2.0.
"(The PSM 6) were accused of waging war against the Agong…and what were their weapons? T-shirts," he said to laughter.
psm thanksgiving dinner 060811 s arutchelvanAlso much celebrated was "fearless" PSM secretary general S Arutchelvan (right), who speakers said would be their top choice as "hostage negotiator" or "freedom campaigner" should they ever get kidnapped or taken in under oppressive laws.
Grinning from ear to ear, however, the indefatigable Arutchelvan who had run a nationwide pressure campaign for the PSM 6's release, only had praises for the people who had "forgotten the word 'fear'" and ignored police warnings against the holding of vigils for the PSM 6's release.
'Nabbed' again
But even Arutchelvan could not save the PSM 6 when they were 'nabbed' again last night—only this time by their party colleagues who surprised them by 'dragging' them on stage in a rib-tickling skit portraying the arbitrary nature of their detention.
psm thanksgiving dinner 060811 Sugu and choo chon kaiIn the skit, a man wearing a large sign which read 'Najib', who entered the stage to the song 'Who Let the Dogs Out?' ordered seemingly bumbling 'police' to catch PSM activists.
In their speeches, the six, too thanked their supporters, whom they said gave them strength to stand their ground.
"This is just the beginning of a new movement in Malaysia. I hope that with power of the people we can defend this seedling, so that it can become the tree of democracy that protects all Malaysians," said Choo (right)

Tuesday, August 2, 2011

PSM6 didakwa, mohon dibicarakan



Enam aktivis PSM yang dibebaskan daripada tahanan mengikut Ordinan Darurat minggu lalu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memiliki dokumen subversif.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan ataupun pertuduhan pilihan Seksyen 48 (1) akta yang sama.

Aktivis yang dikenali sebagai 'PSM 6' itu juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) kerana didakwa memiliki dokumen 'subversif'.

Hakim Kamal Hisham Mohd Tajuddin menetapkan jaminan pada RM8,000 setiap seorang sementara menunggu perbicaraan kes bermula 10 hingga 14 Oktober ini.

Keenam-enam mereka adalah ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan aktivis PSM yang lain iaitu Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, serta A Letchumanan.

Mereka akan dibicarakan bersama 24 aktivis PSM lain yang telah didakwa sebelum ini.

Menurut peruntukan Seksyen 48, mana-mana orang yang didapati bertindak bagi pihak ataupun mewakili sesebuah pertubuhan haram dengan membawa bersama mereka 600 salinan risalah boleh dihukum maksimun lima tahun penjara ataupun denda RM5,000, atau kedua-duanya.

Sementara Seksyen 43 pula memperuntukkan seseorang yang menjadi ahli, menghadiri mesyuarat atau membantu sebuah pertubuhan haram boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Tuduhan yang sama juga dikenakan ke atas 24 aktivis lain yang dithana di Sungai Dua, Pulau Pinang ketika dalam perjalanan ke program jelajah 'Udah Bersaralah' pada 25 Jun lalu.

Semua 30 aktivis itu pada mulanya dituduh cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi ia kemudiannya digugurkan. Mereka didakwa pula menjadi ancaman kepada kenteteraman awam.

Polis kemudian mendakwa keenam-enamnya ditahan kerana "peranan utama" mereka pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Semua mereka dibebaskan pada 29 Julai.