New Picture.png
Kepada Semua Komrad PSM dan Rakan-rakan Seperjuangan
;

Peguam kerajaan telah membawa kes Peruntukkan Dr.Kumar, Ahli Parlimen Sg Siput      

 ke Mahkamah Rayuan untuk membatalkan semakan kehakiman (leave)

 

Tempat  :  Palace of Justice (Mahkamah Rayuan), Putrajaya

Tarikh   :  21 September 2011 (Rabu)

Masa      :  8.30 pagi


Buat kali pertama dalam sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia, Dr. Jeyakumar Ahli Parlimen PSM, telah menyaman kerajaan Malaysia pada 29/10/2010 kerana gagal memberikan peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimen Sungai Siput  sebanyak RM 1 juta sepertimana yang diperuntukan dalam bajet.


Adalah diharapkan bahawa saman ini akan membongkarkan isu peruntukan ini  kepada masyarakat umum dan untuk mengenalpasti ke manakah perginya peruntukan yang sebanyak itu yang sepatutnya diberikan untuk pembangunan rakyat.


Dr. Jeyakumar telah berjaya mendapat leave untuk menjalankan kes ini pada 25/2/2011 dan kini peguam kerajaan mahu membatalkan 'leave' ini dengan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.


Adalah berharap semua cawangan PSM dan rakan-rakan seperjuangan mobilize dan hadir ke kes ini. Untuk sebarang maklumat  sila hubungi 0194625924 @ 0195616807.


 Sekian. Terima kasih.

 

 Yang benar,

 

Karthi

Pembantu Khas

Parlimen Sg Siput