-

-

Saturday, July 9, 2011

[Parlimen Sungai Siput] PSM Difitnah Mahu Menyerang dan Mengebom Balai Polis Sg Siput


Pada 8/7/2011, PSM Sg Siput telah mengadakan satu vigil di hadapan pejabat PSM Sg Siput di Taman Okid untuk menyeru Kerajaan BN membebaskan kesemua 6 aktivis yang ditahan di bawah Undang-Undang Darurat. Ramai ahli dan penyokong mengambil bahagian dalam vigil ini.

Anehnya, PSM mendapat maklumat bahawa ada pihak memfitnah menyatakan ahli PSM akan menyerang dan mengebom balai polis Sg Siput dan stesen minyak Petronas Sg Siput. Malah ada pihak SB menelefon rakan-rakan PSM untuk menyiasat fitnah ini. Juga didapati pihak polis telah mengumpul ramai anggota polis dan light force di balai polis Sg Siput untuk langkah berjaga-jaga.

Terhairan dan marah dengan fitnas sebegini, saya, Sdr Dorai dan Sdr Nathan telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis menyangkal khabar angin berunsur malafide ini dan seterusnya menyeru pihak polis menyiasat pihak yang berniat jahat jenayah menyebarkan fitnah ini.

Dalam laporan polis tersebut, PSM menegaskan bahawa perjuangan kami adalah hanya bersenjatakan kuasa rakyat dan tidak akan sama sekali menggunakan kekerasan untuk membawa perjuangan ini. Selama lebih dua dekad PSM bertapak di bumi Sg Siput, kami sahajalah yang menjadi mangsa keganasan pihak yang tidak bertanggungjawab seperti bas kami dibakar, kereta Dr Kumar dipecah dan dibakar, ahli PSM diserang dan pejabat kami dimusnahkan. Namun, kami tidak pernah melawan balik menggunakan kekerasan tetapi menggunakan kuasa rakyat membongkarkan kekejaman dan kerakusan kaum majikan dan patung-patungnya termasuk Barisan Nasional dan pihak polis.

Amat jelas musuh PSM tidak lagi mampu melawan kita secara terus-terang dan menggunakan taktik kotor dan hina. Yang pasti kekuatan kita semakin bertambah dan akan kekal selagi penindasan berlaku di bumi Malaysia. Hidup rakyat.

oleh :

Karti
PSM Sg Siput




--
Posted By Pemuda Sosialis to Parlimen Sungai Siput at 7/09/2011 04:41:00 AM

No comments:

Post a Comment