-

-

Sunday, March 9, 2008

Kemenangan Kepada Calon-Calon Parti Sosialis Malaysia – Sosialisma Masih Relevan



Kemenangan pilihanraya oleh calon-calon sosialis pada pilihanraya 2008 iaitu sejak begitu lama membuktikan sosialisma masih relevan untuk kita dan semua.
Calon Parti Sosialis Malaysia , Dr Kumar telah menumbangkan gergasi MIC, Dato Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput manakala Dr Nassir Hashim pula menang di DUN Kota Damansara.
Manakala dua calon lain kita Komrad Arulsevam dan Komrad Saras memberi satu tamparan hebat kepada lawan masing-masing walaupun kali pertama bertanding dalam satu perlawanan yang berat sebelah. Mereka kalah tetapi menang hati rakyat berbilang kaum.

Kemenangan ini merupakan kemenangan untuk calon sosialis selepas 44 tahun di mana Komrad Ahmad Boestaman pada tahun 1964. Malah keruntuhan 5 negeri ke tangan pihak pembangkang memberi satu mesej jelas kepada pemerintahan BN yang rakyat sudah benci politik perkauman yang busuk, menjadi boneka kapitalis serta menindas warga pekerja. Kemenangan calon kita yang jelas menunjukkan analisa ini walaupun semasa kempen pilihanraya mampu memberi kepimpinan yang sedar kepada semua bahawa tiada yang melebihi kuasa rakyat (baca pekerja)

Sudah Bermula Era Baru






Hidup PSM... Hidup Sosialisma.... Hidup Rakyat





Pemuda Sosialis

Wednesday, March 5, 2008

Kedatangan Saudara Anwar Menghangatkan Suasana Politik Sungai Siput




Kedatangan Suadara Anwar Ibrahim ke Kota Lama Kanan, Sayong untuk memberi ceramah telah menarik ribuan rakyat untuk mendengar ucapan hangat beliau mengenai calon dan isu semasa. Dianggarkan kedatangan melebihi 5000 orang walaupun hujan masih turun renyai-renyai pada awalnya.

Kedatangan suadara Anwar diharapkan memberi satu lonjakan sokongan di kalangan masyarakat tempatan serta memberi impak kepada gelombang merah biru di kawasan ini. Ceramah mula dengan ucapan dari calon-calon dari Parlimen dan DUN Sg Siput, Kuala Kangsar dan Padang Rengas.

Dalam ucapan beliau, calon kita Dr Kumar menekankan kepentingan menumbangkan Parti Barisan Nasional kerana menjadi boneka majikan dan memijak rakyat. Rakyat semua kaum diperas dan pertembungan kelas yang berlaku akan berterusan selagi kerajaan yang dipilih membuat undang-undang pro neo-liberal dan tidak menjaga kepentingan kaum pekerja.

Kedatangan Anwar dijemput dengan tepukan gemeruh dan dalam ucapannya, beliau mengatakan kemarahan rakyat memprotes hak mereka tidak boleh dianggap ancaman keganasan. Malah tindakan provokasi pada perhimpunana Bersih dan Hindraf dimulakan oleh pihak polis. Malah anak-anak yang mahu beri ros pun disembur dengan air. Beliau juga menyentuh penyelewengan pemimpin-pemimpin UMNO dan menyangkal dakwaan bahawa penurunan harga minyak akan bankrapkan negara. Kita perlu kurangkan beban rakyat dan bukannya tambahkan koridor-koridor untuk kayakan kroni-kroni. Pada satu ketika menyentuh skandal Chua, secara sinisnya beliua kata mungkin Chua sedang mencuba ubat baru. Gelak ketawa dan tepukan senantiasa membuktikan kehangatan suasana ceramah hari itu.

Hidup pekerja… Hidup Rakyat.

Pemuda Sosialis

Monday, March 3, 2008

Bendera PKR Menenggelamkan Kubu Kuat MIC


Pada 3/3/08, kem PKR telah memasuki kawasan kubu kuat MIC, Taman Tun Sambanthan dan mula memacakkan bendera, poster dan banting tanpa sebarang masalah provokasi dari pihak mereka. Malah ketika kami mula memasang bendera dan banting, anak-anak muda dari taman ini mula membunyikan hon dan ada yang menghulurkan bantuan.

Semua tiang mewah yang dibina di sepanjang taman ini kini sudah dipasang banting PKR dan warna terang bendera telahpun menenggelamkan warna pudar bendera BN. Adalah satu kebiasaan bagi pihak BN dan MIC untuk memotong dan menanggalkan bendera parti lawan yang dipasang di tempat ini tetapi sehingga hari ini (4/4/08) iaitu selepas hampir 24 jam berlalu, didapati tiada sesiapa pun yang mengusik bendera dan poster kita.

Adalah amat jelas bahawa sokongan masyarakat di sini telah meningkat secara drastik dan situasi ini memang amat membinggungkan kem lawan. Dengan majoriti masyarakat di taman ini adalah masyarakat India, isu seperti Hindraf dan kenaikan harga barang asas ternyata telah mengubah haluan sokongan kepada parti pembangkang.

Kini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi satu analisa kelas terutamanya kepada masyarakat India untuk menyedarkan mereka bahawa perjuangan yang berlaku menentang boneka majikan (BN) adalah satu perjuangan kelas dan bukannya perkauman. Pada ketika situasi semasa pilihan raya ternyata hangat dan beberapa pihak cuba menangguk ikan di air keruh, calon kita Dr Kumar masih tegas dengan pendirian parti dengan tidak menjadi oportunis dan sentiasa memberi ceramah melalui isu rakyat dan analisa kelas.

Hidup perjuangan Rakyat. Kuasa Perubahan di Tangan Kita

Pemuda Sosialis