Wednesday, December 14, 2011
PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI.
Tuesday, November 1, 2011
KENYATAAN AKHBAR
PEMUDA SOSIALIS
1 NOVEMBER 2011
AUKU BUKAN SEKADAR TIDAK SAH,
PERLU DIMANSUHKAN TERUS!!!!
Pemuda Sosialis menyokong keputusan Mahkamah Rayuan, semalam yang memberi penghakiman rasional kepada empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia yang lebih dikenali sebagai 'UKM4'. Pada April 2010 UKM telah mengenakan tindakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap empat pelajar jurusan Sains Politik kerana menyertai kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor. Keputusan berani Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert amat dialukan kerana Mahkamah sendiri telah memutuskan bahawa Seksyen 15(5) AUKU) adalah tidak sah dan bercanggahan dengan Perlembagaan Malaysia yang mencabuli kebebasan bersuara.
Kini telah hampir 40 tahun mahasiswa ditindas dengan undang-undang AUKU. Walaupun Seksyen 15 dibuat pindaan, tetapi ia masih menyekat hak mahasiswa untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti luar dan kegiatan politik tanpa campurtangan pihak universiti. Peruntukan ini jelas bercanggahan dengan Artikel 10 Perlembagaan Malaysia yang mengiktiraf kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Lebih-lebih lagi umur 21 tahun sudah melayakkan seseorang individu untuk mengundi, maka di mana logiknya menyekat penglibatan mahasisawa dengan politik. Oleh itu Pemuda Sosialis bertegas Seksyen 15 AUKU dan undang-undang lain yang menyekat kebebasan mahasisawa harus dimansuhkan serta merta.
Mahasisawa adalah golongan yang mampu membawa perubahan dalam sesebuah negara. Malangnya mahasiswa hari ini, dijadikan patung boneka yang tidak mampu bersuara bagaikan ular yang tidak berbisa. Stigma political fear nyata sekali menjalar di kalangan mahasiswa. Mahasiswa takut berbicara. Mahasiswa dibutakan isu-isu semasa. Semua kejadian di sekeliling kita telah dipaksa untuk diinterpertasi mengikut telunjuk kuasa pemerintah. Akhirnya, mahasiswa dijadika satu produk yang diukir untuk kepentingan golongan pemerintah dan tidak dibenarkan berevolusi sendiri.
Maka, Pemuda Sosialis berharap, penghakiman yang berpihak kepada mahasiswa hari ini akan menjadi satu titik tolak untuk memansuhkan AUKU seperti ISA yang dimansuhkan baru-baru ini di bumi malaysia. Selagi adanya undang-undang seperti AUKU ia terus menjadi penghalang kepada negara untuk melahirkan mahasiswa yang matang, progresif dan berani bersuara. Bangkitlah kaum mahasiswa, mari bersama-sama kita menuntut supaya Akta Zalim AUKU dimansuhkan segera.
Dikeluarkan oleh Pemuda Sosialis
Wednesday, October 5, 2011
Piket SERENTAK DI 8 TEMPAT: Membantah PINDAAN TERBURUK AKTA PEKERJAAN: 6 OKTOBER 2011
Monday, October 3, 2011
PEMUDA SOSIALIS - KENYATAAN AKHBAR- ISU MENGHALANG PELAJAR MENDUDUKI UPSR DAN MEMBANTAH KENYATAAN NUTP
|
Wednesday, September 28, 2011
Jemputan untuk menjadi ahli penyokong skuad merah
--- On Wed, 9/28/11, Rubben ben <rubben_rk@yahoo.com> wrote:
|
Monday, September 26, 2011
Nyawa pelajar terancam -sinar haria
PUSING – Setiap hari pelajar Sebuah sekolah menengah di sini diancam bahaya semasa melintasi Lebuh raya Ipoh-Lumut yang sentiasa sibuk kerana tiada kemudahan infrastruktur disediakan di kawasan tersebut. Masalah yang berlarutan sejak 10 tahun itu jelas tiada tindakan diambil pihak berkenaan untuk mengatasinya hingga berlaku kemalangan yang kadangkala mengorbankan nyawa pelajar. Difahamkan, aduan telah dibuat tetapi hingga kini masih belum ada tindakan menyebabkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diketuai Timbalan Pengerusinya M Sarasvathy melancarkan kempen tandatangan "Taruh Nyawa Menuntut Ilmu" dalam kalangan ibu bapa serta pelajar di perkarangan sekolah berkenaan, semalam. Menurut Sarasvathy, ramai ibu bapa dan pelajar mendesak pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan pelajar sekolah berkenaan. "Tiada jejantas, lampu isyarat, bonggol kedua-dua belah jalan dan papan tanda yang sempurna bagi memastikan keselamatan pelajar sekolah terjamin. "Pada masa yang sama kebanyakan pelajar dari kawasan perumahan berhampiran menggunakan basikal ke sekolah yang turut mengundang bahaya kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian, di sini. Beliau berkata, PSM Pusing telah menerima aduan dari para penduduk dan ibu bapa pada Mei tahun ini. "Namun, tiada sebarang tindakan diambil sehingga semalam dan tiada cara lain dengan memaksa PSM Pusing melancarkan kempen tandatangan sepertimana yang diminta oleh penduduk Pusing. "Semasa menurunkan tandatangan, ramai penduduk meluahkan rasa kesalnya kerana perkara ini berlarutan selama 10 tahun dan mereka tidak faham mengapa masih tiada tindakan untuk membina jejantas, bonggol, lampu isyarat atau papan tanda yang sempurna," katanya. Ahad lalu, kempen tandatangan turut diadakan di pekan Pusing dan sejumlah 300 tandatangan yang menyokong langkah itu diperoleh dalam masa dua jam Sarasvathy berkata, perkara itu bukan perkara kecil dan pihak kami tidak faham mengapa pihak berwajib tidak begitu serius ke atas keselamatan pelajar sekolah. Kempen berkenaan akan diteruskan sepanjang bulan ini jika tiada sebarang maklum balas atau tindakan daripada pihak berkenaan. |
Monday, September 19, 2011
Buat kali pertama dalam sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia, Dr. Jeyakumar Ahli Parlimen PSM, telah menyaman kerajaan Malaysia
Kepada Semua Komrad PSM dan Rakan-rakan Seperjuangan; Peguam kerajaan telah membawa kes Peruntukkan Dr.Kumar, Ahli Parlimen Sg Siput ke Mahkamah Rayuan untuk membatalkan semakan kehakiman (leave)
Tempat : Palace of Justice (Mahkamah Rayuan), Putrajaya Tarikh : 21 September 2011 (Rabu) Masa : 8.30 pagi Buat kali pertama dalam sejarah demokrasi berparlimen di Malaysia, Dr. Jeyakumar Ahli Parlimen PSM, telah menyaman kerajaan Malaysia pada 29/10/2010 kerana gagal memberikan peruntukan pembangunan untuk kawasan Parlimen Sungai Siput sebanyak RM 1 juta sepertimana yang diperuntukan dalam bajet. Adalah diharapkan bahawa saman ini akan membongkarkan isu peruntukan ini kepada masyarakat umum dan untuk mengenalpasti ke manakah perginya peruntukan yang sebanyak itu yang sepatutnya diberikan untuk pembangunan rakyat. Dr. Jeyakumar telah berjaya mendapat leave untuk menjalankan kes ini pada 25/2/2011 dan kini peguam kerajaan mahu membatalkan 'leave' ini dengan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Adalah berharap semua cawangan PSM dan rakan-rakan seperjuangan mobilize dan hadir ke kes ini. Untuk sebarang maklumat sila hubungi 0194625924 @ 0195616807. Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
Karthi Pembantu Khas Parlimen Sg Siput |