-

-

Monday, September 26, 2011

Nyawa pelajar terancam -sinar haria


PUSING – Setiap hari pelajar Sebuah sekolah menengah di sini diancam bahaya semasa melintasi Lebuh raya Ipoh-Lumut yang sentiasa sibuk kerana tiada kemudahan infrastruktur disediakan di kawasan tersebut.

Masalah yang berlarutan sejak 10 tahun itu jelas tiada tindakan diambil pihak berkenaan untuk mengatasinya hingga berlaku kemalangan yang kadangkala mengorbankan nyawa pelajar.

Difahamkan, aduan telah dibuat tetapi hingga kini masih belum ada tindakan menyebabkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang diketuai Timbalan Pengerusinya M Sarasvathy melancarkan kempen tandatangan "Taruh Nyawa Menuntut Ilmu" dalam kalangan ibu bapa serta pelajar di perkarangan sekolah berkenaan, semalam.

Menurut Sarasvathy, ramai ibu bapa dan pelajar mendesak pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menjamin keselamatan pelajar sekolah berkenaan.

"Tiada jejantas, lampu isyarat, bonggol kedua-dua belah jalan dan papan tanda yang sempurna bagi memastikan keselamatan pelajar sekolah terjamin.

"Pada masa yang sama kebanyakan pelajar dari kawasan perumahan berhampiran menggunakan basikal ke sekolah yang turut mengundang bahaya kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, PSM Pusing telah menerima aduan dari para penduduk dan ibu bapa pada Mei tahun ini.

"Namun, tiada sebarang tindakan diambil sehingga semalam dan tiada cara lain dengan memaksa PSM Pusing melancarkan kempen tandatangan sepertimana yang diminta oleh penduduk Pusing.

"Semasa menurunkan tandatangan, ramai penduduk meluahkan rasa kesalnya kerana perkara ini berlarutan selama 10 tahun dan mereka tidak faham mengapa masih tiada tindakan untuk membina jejantas, bonggol, lampu isyarat atau papan tanda yang sempurna," katanya.

Ahad lalu, kempen tandatangan turut diadakan di pekan Pusing dan sejumlah 300 tandatangan yang menyokong langkah itu diperoleh dalam masa dua jam

Sarasvathy berkata, perkara itu bukan perkara kecil dan pihak kami tidak faham mengapa pihak berwajib tidak begitu serius ke atas keselamatan pelajar sekolah.

Kempen berkenaan akan diteruskan sepanjang bulan ini jika tiada sebarang maklum balas atau tindakan daripada pihak berkenaan.

No comments:

Post a Comment