PEMUDA SOSIALIS PS PARTI SOSIALIS MALAYSIA No.22A, Lorong Vivekananda, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur, MALAYSIA Email : pemudasosialis.hq@gmail.com Website: penamerahps.blogspot.com ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ KENYATAAN AKHBAR: 22/4/2011
Pemuda Sosialis Membantah Skim Rumah Pertamaku Yang Berniat Keuntungan Semata-Mata Skim Rumah Pertamaku dilancarkan oleh PM Najib yang antara lainnya membenarkan peminjam berusia kurang 35 tahun dan bergaji antara RM 1500 hingga RM 3000 untuk membuat pinjaman perumahan 100% untuk membeli rumah pertamanya dari RM 100,000 hingga RM 220,000 untuk tempoh pembayaran maksimum selama 30 tahun. Sekiranya niat kerajaan adalah untuk merialisasikan pemilikian rumah untuk golongan muda, maka skim ini adalah satu sandiwara yang tidak melucukan kerana: 1. Skim ini tidak boleh menjadi pratikal kepada lebih 1.3 juta pekerja Malaysia yang berpendapatan di bawah RM 700 iaitu paras kemiskinan negara sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Sumber manusia baru-baru ini di mana anggaran pekerja muda bawah 35 tahun melebihi 60% daripada jumlah tersebut.
2. Pinjaman untuk sebuah rumah yang berharga sekurang-kurang RM 100,000 menyebabkan anda perlu membayar RM 632 sebulan untuk tempoh 30 tahun. Ini merupakan lebih kurang 42% daripada gaji minima RM 1500 yang diharuskankan padahal salah satu syarat lain skim ini ialah bayaran bulanan seharusnya tidak melebihi 1/3 atau 33% daripada gaji bulanan. Mengelirukan dan membebankan. Adakah kita tahu bahawa , untuk sebuah rumah berharga RM 100,00 dan dikenakan kadar 6.5% bunga , kita akan membayar RM 227,544 atau lebih dua kali ganda harga asal rumah tersebut.
3. Pada masa ini, tumpuan pemaju adalah untuk membina rumah bernilai lebih RM 100,000 kerana keuntungan yang senang diperoleh. Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Parlimen menunjukkan sehingga akhir tahun 2010, pemaju membina hampir 68% rumah-rumah di Malaysia dengan harga RM 100,000 ke atas dan ini jelas menunjukkan golongan pemaju ini terlalu terdesak untuk menjual rumah-rumah yang dibinanya padahal majoriti golongan muda di negara ini yang merupakan kuasa utama pembeli rumah tidak mampu untuk membayar pinjaman perumahan yang tinggi serta syarat-syarat seperti pembayaran pendahuluan 10% dan sebagainya sebelum ini yang jelas menghalang mereka untuk membeli rumah bernilai tinggi.
Pemuda Sosialis menentang skim ini kerana berpendapat Kerajaan Malaysia seharusnya :
b. Kedua, membina Skim Perumahan Selesa Mampu Miliki untuk rakyat majoriti yang masih berpendapatan rendah. Ini bermaksud kami mengesyorkan harga rumah seharusnya disubsidi dan dijual tidak melebihi RM 25,000. Ini memang mampu dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang sanggup membayar tiga kali ganda untuk kereta perisai yang sepatutnya berharga RM 10 juta. Didapati projek kereta perisai tersebut bernilai RM 8 billion. Satu kalkulasi kecil menunjukkan untuk nilai tersebut, kerajaan boleh membina 160,000 rumah murah yang berharga RM 50,000 sebuah. Dan kita boleh membina 720 buah rumah-rumah tersebut untuk setiap kawasan Parlimen di Malaysia.
Golongan muda harus memahami polisi sebegini yang akan menjeratkan mereka ke dalam dunia penghutang yang terpaksa membayar sepanjang hidup mereka untuk harga rumah yang hanya menguntungkan golongan kaya. Skim sebegini dimulakan untuk menyelamatkan kaum kroni yang mahu kekayaan cepat dengan menjual rumah-rumah yang mahal yang tidak dapat dijual di pasaran kerana kuasa membeli rakyat yang semakin menurun. Kita perlu sedar bahawa polisi kerajaan BN hanyalah berpaksikan keuntungan kepada kaum majikan dan ia terbukti dengan lebih 68% daripada rumah yang dibina di Malaysia adalah melebihi RM 100,000 padahal kaum pekerja muda yang majoritinya berpendapatan rendah langsung tidak mampu untuk membeli rumah-rumah tersebut. Maka, kaum pekerja muda harus menentang polisi ini dan memperjuangkan Skim Gaji Minima dan Perumahan Selesa Mampu Miliki yang mampu menjamin masa depan kita. Hidup Anak Muda…. Hidup Perjuangan.
Dikeluarkan oleh: Kartigesu. Mn Pengerusi Pemuda Sosialis, PSM 0194625924 |
Friday, April 22, 2011
Sunday, April 17, 2011
Countdown May Day : 14 hari sahaja tinggal
Jika belum, sebarkan maklumat ini.
14 hari lagi.....
PERHIMPUNAN
AMAN HARI PEKERJA
1hb Mei 2011
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Berkumpul di Monorial
Chow Kit
HARGA BARANG NAIK, GAJI BILA LAGI?
"PEKERJA MENUNTUT AKTA GAJI MINIMA"
Semua sedia maklum, rakyat Malaysia sentiasa ditekan dengan kenaikan harga barangan komoditi asas. Setiap hari ada sahaja berita kenaikan harga barangan. Tetapi gaji pekerja langsung tidak naik walaupun sudah berkerja untuk berpuluh-puluh tahun.
Kadar kenaikan gaji pekerja Malaysia hanya 2.6% setahun sejak 10 tahun lalu walhal kos kehidupan melambung tinggi. 34% atau 1.3 juta pekerja Malaysia berpendapatan kurang dari RM700 sebulan, lebih rendah dari paras garis kemiskinan, RM720. Lebih menyakitkan lagi, kerajaan Malaysia masih enggan melaksanakan Akta Gaji Minima untuk semua pekerja di Malaysia.
Oleh itu, Jawatankuasa Mei 1, akan menganjurkan satu perhimpunan aman bersempena Hari Pekerja 2011 untuk menyuarakan tuntutan pekerja, Melaksanakan AKTA GAJI MINIMA di Malaysia sekarang!
Tunggu apa lagi TURUN RAMAI-RAMAI
untuk menuntut hak kita!
Sunday, March 13, 2011
Kem Pemuda Sosialis PSM ke-5
Seterusnya, Sdr Rani, ahli Pusat PSM memberikan sesi kepimpinan kepada peserta. Beliau menegaskan bagaimana pejuang-pejuang rakyat memulakan perjuangan mereka pada usia muda seperti Bhagat Singh dan Veeraseenan dan memberitahu bahawa usia bukan satu halangan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Sdr Rani turut membuat bengkel mengenai masalah-masalah pokok di Malaysia dan siapakah yang menjadi dalang dan punca kepada semua masalah tersebut. Antara yang diberitahu ialah kita sering melihat sesuatu isu itu secara atasan sahaja dan bukan membuka punca akarnya. Di situ juga, beliau menyuarakan ‘value’ yang perlu ada pada seseorang yang mahu memimpin massa termasuklah sabar, kritis, bertanggungjawab, berani , ‘humble ‘ dan jujur. 

Sdr Santhana pula menjelaskan plan tindakan Skuad Merah termasuk kerja-kerja susulan seperti menghadiri mesyuarat Hari Buruh yang menjadi platform pertama untuk skuad ini. Antar kerja-kerja yang dicadangkan ialah rekacipta seragam skuad dan pemilihan ahli daripada Pemuda Sosialis. Selepas makan tengah hari, Sdr Santhana memberitahu bagaimana hala tuju Pemuda Sosialis selepas ini dan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk menarik lebih banyak anak muda menyertai kumpulan dan program. Setiap kumpulan memberikan cadangan masing-masing dan kerja-kerja susulan dan pengimplementasi akan dijalankan.
Saturday, December 11, 2010
Kem Kesihatan oleh Kumpulan RED dan Hospital Fatimah
Kem Kesihatan ini dianjurkan bersama oleh Hospital Fatimah dan Kumpulan Bimbingan Percuma RED. Kem ini berlangsung di Kg PPMS, Sg Siput pada 11/12/2010 dengan kehadiran peserta lebih kurang 180 orang yang dikendalikan oleh dua doktor pakar dari Hospital Fatimal berserta hampir 10 staf dan jururawat mereka. Kordinator dari RED dan Kumpulan Anak Muda berorientasikan kesihatan, Inteyo turut membantu menjayakan program ini.
RED ialah sekumpulan anak muda progresif yang menjalan kelas bimbingan percuma di sekitar Sg Siput termasuk di Kg PPMS, Kg Belakang Shin Chung, Kg Baru Rimba Panjang dan Ladang Sg Siput (Batu Lima). Kelas di PPMS dijalankan bersam Sdr Susan dari Ipoh dan beliaku merupakan kordinator utama untuk kem kesihatan kali ini.
Kami dapati ramai kanak-kank di sini mendapat penyakit dan kurang nutrisi. Antara sebab yang dikenalpasti ialah kegagalan mendapatkan suntikan vaksin dan kedudukan kampung yang jauh dari pekan. Mereka tiada punca pengangkutan awam dan buktinya pada tahun lalu sahaja hampir 15 pelajar sekolah menengah tidak pergi ke sekolah kerana sangat jauh dan tidak mampu membayar yuran bas.
Sebenarnya, kampung ini diwujudkan untuk menempatkan masyarakat miskin dari sekitar Sg Siput pada tahun 2007 tetapi janji tanah yang mahu diberikan kepada mereka tidak ditunai dan ini menyebabkan mereka terperangkap dalm kampung yang sangat jauh ini dan kini ramai penduduk terpaksa berpindah kerana masalah kemiskinan dan punca pendaptan yang tidak tetap.
Isu tanah ini telah dibawa kepada perhatian pihak pentadbit tanah dan Menteri Besar Perak dan malah penduduk pernah berdemo di hadapan Pejabat Menteri Besar Perak untuk menuntut keadilan (http://parlisosialis.blogspot.com/2009/08/demo-oleh-penduduk-ppms-sg-siput-di.html), namun sehingga hari ini, tiada sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa.
Kami percaya masalah sosial seperti kesihatan ini berpunca daripada masalah ekonomi mereka yang dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan penduduk harus terus berjuang untuk hak terhadap tanah mereka.
Koleksi gambar kem kesihatan ini boleh didapati di http://picasaweb.google.com/sboyzss/KemKesihatanRED?authkey=Gv1sRgCPHym8jF_OSj9wE#
Salam Revolusi
Kartimn
Pemuda Sosialis
Saturday, June 19, 2010
Pemuda Sosialis Membantah Pemberhentian Pinjaman PTPTN kepada Sdr Ahmad Shukri Kamarudin
Tuesday, June 1, 2010
Laksanakan Pendidikan Percuma Sehingga ke Universiti
Pemuda Sosialis PSM telah Berjaya mengadakan Kongres Nasional mereka buat kali pertama pada 30/5/2010 yang lalu. Ini merupakan kongres pertama anak muda berhaluan kiri di bumi Malaysia untuk satu jangka masa yang begitu lama.
Kongres dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Internationale’ dan seterusnya ucapan khas daripada Pengerusi PSM, Sdr Dr Nasir. Ini diikuti pula dengan ucapan dan laporan setiap kumpulan Pemuda Sosialis. Sdr Santhana pula kemudiannya membincangkan Jadual Kelas yang menerangkan siapakah musuh dan lawan kita dalam perjuangan ini.
Perdebatan usul menyusul kemudiannya. Sesi ini dikendalikan oleh Sdr Bawani di mana beberapa perdebatan yang hangat telah didaksikan oleh para peserta. Seperti biasa delegasi dari Alaigal memulakan debat dengan usul untuk mengubah had usia Pemuda Sosialis daripada 30 tahun kepada 35 tahun. Namun, rata-rata para delegasi yang lain masih mahu had usia tersebut dikekalkan dan had permulaan pula disetujui untuk dikurangkan kepada 13 tahun. Kekerapan Mesyuarat Nasional juga dicadangkan untuk dikurangkan tetapi dikekalkan untuk setiap bulan. Antara perkara lain yang dibincangkan ialah kerja akar umbi perlu diberi perhatian yang lebih untuk membina anak muda kita dan di samping itu, kordinasi pusat juga perlu untuk mengerakkan kempen nasional iaitu Kempen Pendidikan Percuma.
Selepas makan tengah hari, pilihanraya pusat Pemuda Sosialis telah berjalan dan dikendalikan oleh Anak Muda dari DEMA. Jawatankuasa pusat telah dipilih oleh delegasi untuk tempoh dua tahun akan datang. Selain jawatan Pengerusi yang menang tanpa bertanding, semua jawatan lain telah dipertandingkan. Seterusnya, perancangan program untuk satu tahun akan datang telah dibincangkan dan tiga program nasional telah dipersetujui iaitu Malam Revolusi. Kem Anak Muda Sosialis dan Konres Pemuda Sosialis PSm yang akan dikordinasi sepenuhnya oleh kita. Program untuk kumpulan masing-masing dan program bersama PSM akan diputuskan oleh kumpulan masing-masing. Mesyuarat Pusat Pemuda Sosialis akan diadakan untuk setiap bulan.
Seterusnya, satu usul telah dipersetujui untuk dibawa ke Kongres PSM pada 4-6 Jun ini. Usul tersebut mengesa semua cawangan PSM wajib menubuhkan Pemuda Sosialis untuk cawangan masing-masing. Perwakilan Negeri digalakkan untuk berbuat demikian. Usul ini akan didebatkan dan dibawa untuk diluluskan di kongres tersebut itu nanti.
Seterusnya, beberapa resolusi telah dipersetujui untuk dilaungkan kepada pihak berkuasa Malaysia. Antaranya:
1. Menentang pengimplimentasian cukai GST
2. Menyediakan satu sistem perumahan yang menyeluruh dan murah untuk rakyat Malaysia Menentang Perumahan Flat
3. Hentikan penswastaan perkhidmatan awam.
4. Memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar dari sekolah rendah hingga ke universiti
5. Menuntut kerajaan mengimplementasikan akta gaji minima
6. Kerajaan harus sediakan Pusat sukan komuniti di setiap taman perumahan
7. Subsidi dikekalkan
8. Membantah penjanaan tenaga nuklear
9. Menentang penyalahgunaan kuasa polis
10. Mansuhkan pusat tuisyen yang bermotifkan keuntungan
11. Pilihanraya tempatan harus diimplementasikan semula
12. Malaysia membenarkan bekas pejuang kemerdekaan dari Parti Komunis Malaysia termasuk Chin Peng untuk masuk dan menetap di Malaysia
13. Hapuskan semua akta-akta zalim – seperti AUKU,ISA, OSA dan sebagainya
14. Kerajaan harus menjadi pengganti along dalam memberi pinjaman yang murah dan mudah kepada kaum pekerja.
15. Menentang sebarang polisi imprelisme – tidak boleh menggunakan kuasa ke atas negara lain untuk agenda kapitalis.
Ucapan penutup pula diberikan oleh Setiausaha Agung PSM iaitu Sdr Arul yang memberi tahniah kepada Pemuda Sosialis yang telah berjaya mengadakan kongres nasional pertama mereka. Selain menekan kepentingan anak muda, beliau juga memberitahu pemuda perlu mempunyai identiti yang tersendiri dan menyebarkan ideologi sosialis melalui kerja akar umbi mereka. Beliau memberi contoh bagaimana umur tidak harus dijadikan halangan untuk perjuangan dan bagaimana Chin Peng telah mula memperjuangkan kemerdekaan pada usia 16 tahun dan Veerasenan pula telah dibunuh oleh penjajah British pada usia 22 tahun kerana berjaya memobilisasi kaum pekerja untuk menuntut kemerdekaan.
Saudari Bawani akhirnya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bekerja untuk menjayakan kongres Pemuda Sosialis kali ini dan berharap ini merupakan satu langkah awal untuk membawa obor perjuangan kelas oleh anak muda di bumi Malaysia.
oleh:
Karti
Pemuda Sosialis



