Sempena 50 Tahun Kemerdekaan:
6 Hadiah Merdeka Untuk Pekerja Malaysia
Di sana sini semua orang memperkatakan tentang Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan. Persiapan sambutan, iklan-iklan di media massa, papan tanda di tepi jalan menampakkan kemeriahan. Bandaraya Kuala Lumpur pula dihiasi dengan cat baru, bendera, lampu berwarna-warni dan panji-panji lambang kemegahan dan kemerdekaan yang diperolehi dari penjajah British.
Namun amat menghinakan apabila Kerajaan Barisan Nasional membogelkan hak pekerja Malaysia dengan mudah dan membenarkan golongan majikan dan kapitalis terus menjajah pekerja di negara ini. Apa erti merdeka kepada para pekerja apabila hak mereka terus dicabul atas nama ekonomi negara, pelabur asing, produktiviti, daya asing dan dan seribu satu alasan. Kalau tak percaya tanya Fong Chan Onn dan Abdul Rahman Bakar....budak suruhan majikan.
Mari kita lihat hadiah sempena 50 Tahun Kemerdekaan untuk para pekerja Malaysia:
1. Tiada Akta Gaji Minima RM900 dan Cola RM300.
2. Akta Perhubungan Perusahaan dipinda. Secara asasnya pindaan ini bolehkan majikan buang pekerja dengan senang.
3. Akta Kesatuan Sekerja juga dipinda supaya majikan senang jahanamkan kesatuan.
4. Perbincangan 3 hala: Kerajaan ?Kesatuan ?Majikan sudah tidak dipedulikan lagi.
5. Timbalan Menteri Sumber Manusia ugut MTUC akan dibubarkan
6. Kenaikan tambang teksi dan bas yang sedang dipertimbangkan
Inilah rupa hadiah kepada para pekerja oleh Kerajaan yang didalangi oleh para majikan, ahli niaga, korporat dan kapitalis besar. Tindakan Kerajaan hanya memberi faedah dan keuntungan kepada kaum elit yang sebahagiannya para ahli-ahli politik Barisan Nasional sendiri.
JERIT menyeru rakyat pekerja menolak Kerajaan Barisan Nasional yang telah 50 tahun secara peringkat mengubal dan meminda undangndang dan polisi yang hanya pro kapitalis dan kepentingan warga korporat.
Cukup sudah penindasan ini!!! Sudah 50 tahun kita diperas dan ditindas. Jasa kita tidak dikenang ..tidak dihargai. Ayuh, bangkitlah para pekerja. Hentikan penjajahan ini. Tolak kerajaan yang menghumban hidup pekerjanya ke kaki neraka majikan. Dan MERDEKAkan diri sekarang!!!!
Oleh,
Madhavi S
Penyelaras
Tuesday, September 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Good for people to know.
ReplyDelete