-

-

Wednesday, September 12, 2007

RAKYAT SAKIT! KAMI PIKET!


www.jerit.org

RAKYAT SAKIT! KAMI PIKET!

HENTIKAN SKIM FULL PAYING PATIENTS

12 September 2007 – Hospital Selayang, Selangor

Ada orang kenamaan yang jatuh sakit ke? Inilah persolan yang timbul di kalangan orang ramai yang berada di Hopital Selayang pada hari ini.

Bukan orang terkenal tetapi seluruh rakyat sakit ! Ini kata Dr.Jeyakumar Devaraj, Setiausaha Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan (GMPPK) kepada lebih 200 orang berkumpul di hadapan Hospital Selayang hari ini untuk membantah keras tindakan pelaksanaan Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) atau Full Paying Patient (FPP).

Protest yang dianjurkan oleh GMPPK telah disertai oleh ahli-ahli JERIT, kumpulan pelajar, Parti Sosialis Malaysia, Parti Keadilan, Parti PAS dan juga kumpulan-kumpulan lain.

Mereka nembawa banner dan placard yang berbunyi "Jangan Musnahkan Hospital Awam", "Hentikan Penswastaan Hospital", "Hentikan Skim FPP", 'Jangan Berniaga Nyawa Rakyat', "No to Health Tourism", "Jangan Khianati Rakyat" dan banyak lagi yang menyampaikan mesej kepada semua kakitangan hospital, pelawat dan juga pesakit bahawa bahaya sedang menanti rakyat Malaysia yang bergantung kepada hospital Kerajaan untuk mendapatkan rawatan.

Skim PPBP atau FPP ini bermakna hospital Kerajaan akan beroperasi seperti biasa pada separuh hari iaitu 8pagi hingga 4.30 dan selepas 4.30 petang, ia akan beroperasi seperti klinik swasta di mana pesakit akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan. Ini telah mulah diamalkan di dua hospital iaitu Hospital Selayang dan Putrajaya sebagai percubaan untuk 6 bulan mulai bulan Ogos 2007. Namun apa yang megejutkan adalah Perdana Menteri dalam ucapan bajetnya telah megumumkan bahawa skim ini akan dilaksanakan di semua hospital kerajaan mulai Januari 2008.

Menurut Dr. Jeyakumar ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan rancangan asal Kerajaan kerana sebelum berkata ia hanya akan laksanakan Skim PPBP sekiranya projek pecubaan selama 6 bulan di Hospital Selayang dan Putrajay berjaya.

Hospital Kerajaan yang menjadi tempat untuk orang-orang miskin dan berpendapatan rendah tidak lagi memainkan peranan tersebut. Perkhidmatan Kesihatan yang menjadi satu keperluan asas kepada rakyat tidak harus diperniagakan dengan alasan ini adalah satu cara untuk mengekalkan doctor-doktor pakar dari lari ke hospital swasta. Inilah tuntutan GMPPK dalam memorandum untuk Pengarah Hospital Selayang.

Seramai 15 orang delegasi dari GMPPK telah naik untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Dr. Zainab Ramli, Timbalan Pengarah Hospital Selayang. "Saya sendiri tidak setuju dengan Skim ini dan kita tidak ada kuasa untuk buat apa-apa. Skim ini telah mula dilaksanakan di Hospital Selayang pada 1hb Ogos 2007. Kami hanya boleh membawa isu untuk perhatian Kementerian Kesihatan" kata Dr. Zainab setelah menerima memmorandum daripada GMPPK.

Dalam pada delegasi mengadakan perbincangan dengan Dr. Zainab, wakil-wakil masyarakat dari peneroka bandar, anak muda dan pekerja kilan serta parti politik telah memberi pandangan masing-masing terhadap tindakan kerajaan untuk menswastakan Hospital.

"Kami minta gaji minima tapi yang dapat satu lagi beban. Sudahlah pekerja kilang menanggung beban yang tinggi, kini kerajaan bagi pula satu lagi bebanan iaitu penswastaan hospital. Di manakah kebajikan rakyat?" kata Pn Helen, Pengerusi Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT

Kita tidak tahu pukul berapa kita boleh jatuh sakit. Kalau jatuh sakit pada petang, adakah kita kena tunggu sehingga esok pagi atau masuk hospital tapi bayaran mahal! Sakit tidak tengok beza orang kaya atau miskin, tetapi orang miskin tiada lagi pilihan untuk rawatan di Hospital kerajaan!!!

Jangan Musnahkan Hospital Awam. Hentikan Skim 'Full Paying Patient (FPP)'.

Disediakan oleh,

Sivaranjani

Sekretariat JERIT

No comments:

Post a Comment