-

-

Wednesday, March 5, 2008

Kedatangan Saudara Anwar Menghangatkan Suasana Politik Sungai Siput




Kedatangan Suadara Anwar Ibrahim ke Kota Lama Kanan, Sayong untuk memberi ceramah telah menarik ribuan rakyat untuk mendengar ucapan hangat beliau mengenai calon dan isu semasa. Dianggarkan kedatangan melebihi 5000 orang walaupun hujan masih turun renyai-renyai pada awalnya.

Kedatangan suadara Anwar diharapkan memberi satu lonjakan sokongan di kalangan masyarakat tempatan serta memberi impak kepada gelombang merah biru di kawasan ini. Ceramah mula dengan ucapan dari calon-calon dari Parlimen dan DUN Sg Siput, Kuala Kangsar dan Padang Rengas.

Dalam ucapan beliau, calon kita Dr Kumar menekankan kepentingan menumbangkan Parti Barisan Nasional kerana menjadi boneka majikan dan memijak rakyat. Rakyat semua kaum diperas dan pertembungan kelas yang berlaku akan berterusan selagi kerajaan yang dipilih membuat undang-undang pro neo-liberal dan tidak menjaga kepentingan kaum pekerja.

Kedatangan Anwar dijemput dengan tepukan gemeruh dan dalam ucapannya, beliau mengatakan kemarahan rakyat memprotes hak mereka tidak boleh dianggap ancaman keganasan. Malah tindakan provokasi pada perhimpunana Bersih dan Hindraf dimulakan oleh pihak polis. Malah anak-anak yang mahu beri ros pun disembur dengan air. Beliau juga menyentuh penyelewengan pemimpin-pemimpin UMNO dan menyangkal dakwaan bahawa penurunan harga minyak akan bankrapkan negara. Kita perlu kurangkan beban rakyat dan bukannya tambahkan koridor-koridor untuk kayakan kroni-kroni. Pada satu ketika menyentuh skandal Chua, secara sinisnya beliua kata mungkin Chua sedang mencuba ubat baru. Gelak ketawa dan tepukan senantiasa membuktikan kehangatan suasana ceramah hari itu.

Hidup pekerja… Hidup Rakyat.

Pemuda Sosialis

No comments:

Post a Comment