-

-

Monday, March 3, 2008

Bendera PKR Menenggelamkan Kubu Kuat MIC


Pada 3/3/08, kem PKR telah memasuki kawasan kubu kuat MIC, Taman Tun Sambanthan dan mula memacakkan bendera, poster dan banting tanpa sebarang masalah provokasi dari pihak mereka. Malah ketika kami mula memasang bendera dan banting, anak-anak muda dari taman ini mula membunyikan hon dan ada yang menghulurkan bantuan.

Semua tiang mewah yang dibina di sepanjang taman ini kini sudah dipasang banting PKR dan warna terang bendera telahpun menenggelamkan warna pudar bendera BN. Adalah satu kebiasaan bagi pihak BN dan MIC untuk memotong dan menanggalkan bendera parti lawan yang dipasang di tempat ini tetapi sehingga hari ini (4/4/08) iaitu selepas hampir 24 jam berlalu, didapati tiada sesiapa pun yang mengusik bendera dan poster kita.

Adalah amat jelas bahawa sokongan masyarakat di sini telah meningkat secara drastik dan situasi ini memang amat membinggungkan kem lawan. Dengan majoriti masyarakat di taman ini adalah masyarakat India, isu seperti Hindraf dan kenaikan harga barang asas ternyata telah mengubah haluan sokongan kepada parti pembangkang.

Kini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi satu analisa kelas terutamanya kepada masyarakat India untuk menyedarkan mereka bahawa perjuangan yang berlaku menentang boneka majikan (BN) adalah satu perjuangan kelas dan bukannya perkauman. Pada ketika situasi semasa pilihan raya ternyata hangat dan beberapa pihak cuba menangguk ikan di air keruh, calon kita Dr Kumar masih tegas dengan pendirian parti dengan tidak menjadi oportunis dan sentiasa memberi ceramah melalui isu rakyat dan analisa kelas.

Hidup perjuangan Rakyat. Kuasa Perubahan di Tangan Kita

Pemuda Sosialis

No comments:

Post a Comment