-

-

Monday, February 25, 2008

Suasana Semakin Panas di Sungai Siput


Ceramah PSM diganggu polis

24 Februari 2008, Sungai Siput


Pada malam selepas pencalonan untuk pilihanraya, suasana Sungai Siput semakin hangat. Ceramah malam pertama yang dianjurkan di hadapan bilik gerakan calon PSM yang bertanding di bawah tiket PKR di Sungai Siput, terpaksa dihentikan pada separuh jalan disebabkan gangguan dan halangan daripada pihak polis.


Ruang di hadapan bilik gerakan PSM Sungai Siput telah dibanjiri oleh lebih 1000 orang, yang beria-ia untuk mendengar apa yang dicakapkan oleh penceramah daripada PSM, parti-parti pembangkang dan wakil kumpulan masyarakat.


Semasa calon Sungai Siput, Dr. Kumar memberikan analisa tentang masalah masyarakat dan bagaimana BN menyusahkan rakyat jelata, tiba-tiba sekumpulan polis bersama pasukan Light Strike Force datang ke hadapan pentas dan menghalang Dr Kumar untuk meneruskan hujahnya yang menarik hati para peserta ceramah. Ceramah terpaksa diberhentikan awal pada lebih kurang pukul 10 malam. Dr Kumar yang belum menghabiskan hujahnya berkata kepada para peserta bahawa ceramah-ceramah akan dijalankan di sekitar kawasan Sungai Siput. Laungan “hidup rakyat” mengakhiri program malam ini, walaupun masih ramai lagi orang datang ke ceramah.Wakil Hindraf juga berucap dalam ceramah malam ini.


Taktik murahan MIC sudah koyakPada masa ceramah dijalankan, pihak MIC/BN juga mengadakan satu konsert pada tapak yang sama, tetapi hanya mendapat sambutan dingin. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah membenarkan BN untuk mendirikan pentas di tempat itu tetapi menolak permohonan PSM untuk mendirikan pentas di tempat yang sama. Agak menghairankan mengapa BN masih teruskan dengan pentas itu walaupun bilik gerakannya sudah pindah ke tempat lain.


Samy Vellu pernah pakai cara yang sama untuk mengganggu program PSM dalam pilihanraya yang lepas. Nampaknya kali ini taktik yang bertaraf rendah ini sudah langsung tidak berkesan lagi. Walaupun muzik dimainkan dengan kuat oleh MIC semasa ceramah PSM, namun orang ramai masih tertarik pada apa yang dicakapkan oleh penceramah, dan apa jua bunyi yang keluar dari belakang langsung tiada kesan! Taktik murahan MIC telah dikalahkan oleh kesedaran rakyat!


Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat!Perubahan Bermula Di Sungai Siput!

Daripada

Bilik Gerakan Parti Sosialis Malaysia, Sungai Siput.Tel: 05-5984885Fax: 05-5985885

No comments:

Post a Comment