-

-

Thursday, February 28, 2008

Kit Siang Mahu Saras Mengundur




Pada malam 26/02/08, dalam ucapan beliau di Sg Buloh yang turut dihadiri Dr Kumar dan kem dari PKR, Saudara Lim Kit Siang memberitahu para hadirin bahawa kerusi parlimen Sg Siput ialah kerusi tradisi DAP tetapi memberi sumbangan kepada PKR untuk memberi laluan kepada DR Kumar bertanding di sini. Jadi beliau mahu Saras(tidak menyebut nama) untuk mengundur dan memberi laluan kepada DAP untuk satu lawan satu di Jelapang.

Pengumuman ini jelas memberi rasa tidak puas hati di kalangan penyokong kem kita dari PKR dan malah ada yang mengadu terus perkara ini kepada Saudara Kulasegaran yang turut hadir tetapi beliau tidak mampu memberi respons yang sepatutnya.

Kami dari kem PKR Sg Siput percaya ucapan Saudara Kit Siang tidak akan menjejaskan situasi di sini dan tidak akan ada tindakan provokasi dari pihak kami seperti tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh Saudara Kit Siang.

Perlu diingat di sini akan kata-kata seorang pengundi dari Jelapang bahawa ‘ sesuatu kerusi itu ialah hak rakyat untuk menentukan siapa wakil mereka dan bukannya hak satu parti’.
Hidup Perjuangan Hidup Rakyat

Pemuda Sosialis

Wednesday, February 27, 2008

Dr Kumar Memberi Ucapan Berdasarkan Pendekatan Kelas



Update Bilik Gerakan PKR Sungai Siput - 26 dan pagi 27– 02-08

Pada malam 26hb Februari 2008, Dr Kumar dijemput hadir untuk memberi ucapan di Sg Buloh anjuran Democratic Action Party (DAP). Selain ucapan calon DAP untuk DUN Jalong, Saudari Leong Mee Meng, turut hadir dan berucap ialah calon DAP Ipoh Timur, Saudara Lim Kit Siang dan calon DAP Ipoh Barat, Saudara Kulasegaran. Dianggarkan lebih 2000 penyokong dari parti-parti pembangkang menghadiri ceramah ini.

Ketika sebahagian daripada kem kami tiba untuk memasang LCD projector, didapati beberapa ucapan sudah habis. Antaranya daripada bekas ketua MIC tempatan, Loga yang antara lainnya membongkarkan isu penyelewengan tanah di Sg Buloh Adalah diketahui umum bahawa Loga dikatakan terlibat dalam isu ini ketika beliau masih dalam MIC.

Ucapan Saudari Leong menyusul kemudiannya. Antara lainnya, beliau menyentuh isu kenaikan harga barang dan penyelewengan oleh pihak pemerintah. Tiba-tiba, suara jerit dan sorokan rakyat kedengaran. Kelihatan deretan bendera PKR tiba dibawa oleh kumpulan pemuda penyokong dan diikuti kedatangan calon kita, Dr Kumar serta rombongan dari kem kita seramai lebih kurang 30 orang.

Dalam ucapan beliau, Dr Kumar menyentuh kekorupan Barisan Nasioanal serta membawa pendekatan kelas dalam menganalisa semua isu yang menindas rakyat. Secara umum, beliau menekan kepentingan kelas kapitalis yang dijaga oleh pihak pemerintah dan langsung tidak menghormati hak dan kepentingan warga pekerja dan rakyat umum. Saudara Chon Kai membantu beliau dalam menterjemah ke bahasa Cina. Malah ucapan translasi Chon Kai ternyata memberi impak dan tepukan gemuruh dari majoriti rakyat Cina yang hadir. Kemudiannya, Saudara Lim Kit Siang dan Saudara Kulasegaran dari DAP memberi ucapan masing-masing.

Sebelum itu, satu rombongan dari kem kita mengiringi Dr Kumar mengedar risalah di pasar dan persekitaran Felda Lasah manakala kumpulan pemuda pula mengedar risalah di sekitar kumpulan kilang Belton.

Pada pagi ini satu laporan dibuat ke atas seorang pegawai dari Kementerian Penerangan Daerah Kuala Kangsar bernama En Jaafar Kamalludin (juga Pengerusi Cawangan MIC) yang telah memohon permit untuk mendirikan pentas dan mengadakan konsert pentas iaitu hanya 20 meter dari bilik gerakan PKR. Sebelum itu satu sidang akhbar diadakan mengenai isu ini untuk membongkarkan bagaimana jentera kerajaan disalahgunakan oleh BN dalam pilihanraya ini. Sebelah petang pula, rombongan dari kem kita mengiringi Dr Kumar mengedar risalah di Karai.

Pemuda Sosialis

Monday, February 25, 2008

Suasana Semakin Panas di Sungai Siput


Ceramah PSM diganggu polis

24 Februari 2008, Sungai Siput


Pada malam selepas pencalonan untuk pilihanraya, suasana Sungai Siput semakin hangat. Ceramah malam pertama yang dianjurkan di hadapan bilik gerakan calon PSM yang bertanding di bawah tiket PKR di Sungai Siput, terpaksa dihentikan pada separuh jalan disebabkan gangguan dan halangan daripada pihak polis.


Ruang di hadapan bilik gerakan PSM Sungai Siput telah dibanjiri oleh lebih 1000 orang, yang beria-ia untuk mendengar apa yang dicakapkan oleh penceramah daripada PSM, parti-parti pembangkang dan wakil kumpulan masyarakat.


Semasa calon Sungai Siput, Dr. Kumar memberikan analisa tentang masalah masyarakat dan bagaimana BN menyusahkan rakyat jelata, tiba-tiba sekumpulan polis bersama pasukan Light Strike Force datang ke hadapan pentas dan menghalang Dr Kumar untuk meneruskan hujahnya yang menarik hati para peserta ceramah. Ceramah terpaksa diberhentikan awal pada lebih kurang pukul 10 malam. Dr Kumar yang belum menghabiskan hujahnya berkata kepada para peserta bahawa ceramah-ceramah akan dijalankan di sekitar kawasan Sungai Siput. Laungan “hidup rakyat” mengakhiri program malam ini, walaupun masih ramai lagi orang datang ke ceramah.Wakil Hindraf juga berucap dalam ceramah malam ini.


Taktik murahan MIC sudah koyakPada masa ceramah dijalankan, pihak MIC/BN juga mengadakan satu konsert pada tapak yang sama, tetapi hanya mendapat sambutan dingin. Majlis Perbandaran Kuala Kangsar telah membenarkan BN untuk mendirikan pentas di tempat itu tetapi menolak permohonan PSM untuk mendirikan pentas di tempat yang sama. Agak menghairankan mengapa BN masih teruskan dengan pentas itu walaupun bilik gerakannya sudah pindah ke tempat lain.


Samy Vellu pernah pakai cara yang sama untuk mengganggu program PSM dalam pilihanraya yang lepas. Nampaknya kali ini taktik yang bertaraf rendah ini sudah langsung tidak berkesan lagi. Walaupun muzik dimainkan dengan kuat oleh MIC semasa ceramah PSM, namun orang ramai masih tertarik pada apa yang dicakapkan oleh penceramah, dan apa jua bunyi yang keluar dari belakang langsung tiada kesan! Taktik murahan MIC telah dikalahkan oleh kesedaran rakyat!


Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat!Perubahan Bermula Di Sungai Siput!

Daripada

Bilik Gerakan Parti Sosialis Malaysia, Sungai Siput.Tel: 05-5984885Fax: 05-5985885

Sunday, February 24, 2008

PSM Menunjukkan Semangat Tinggi Untuk Singkirkan Samy Vellu


Sungai Siput Akan Menyaksikan Persaingan Hebat
- Laporan Hari Penamaan Calon Kawan Parlimen P062 Sungai Siput



24 Februari 2008, Sungai Siput

Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr. Jeyakumar Devaraj yang bertanding dengan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kawasan Parlimen Sungai Siput berikhtiar untuk menyingkirkan Samy Vellu dari Sungai Siput dan Parlimen Malaysia.

Pada pagi ini, Dr. Kumar berarak ke pusat penamaan calon Sungai Siput, diiringi oleh penyokong-penyokong yang berjumlah 500, bersiap dengan bendera Parti Keadilan Rakyat dan bendera Tumbuk Merah PSM.

Jalan di hadapan pusat penamaan calon, Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput, telah dibanjiri oleh penyokong-penyokong calon yang akan bertanding dalam Pilihanraya ke-12.

Jumlah penyokong calon Barisan Nasional (BN) telah berkurangan banyak berbanding hari penamaan calon pada 2004, nampak tidak bersemangat dan hilang arah. Penyokong-penyokong daripada parti-parti pembangkang menunjukkan semangat yang tinggi dengan laungan slogan yang menggegarkan bumi Sungai Siput.

Barisan penyokong parti-parti pembangkang juga dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu perjuangan oleh para penyokong PSM bersama rakan-rakan daripada parti penyokong yang lain. Slogan "Hidup Rakyat" dan "Hidup Perjuangan" dilaungan dalam 4 bahasa – Melayu, Kantonis, Mandarin dan Tamil. Tidak hairan penyokong-penyokong BN terpegun apabila terdengar lagu PSM tentang kenaikan harga dinyanyikan, kerana apa yang dinyanyikan itu memang realiti yang dihadapi oleh mereka setiap hari – pemerasan oleh pemimpin yang disokong buta-tuli oleh mereka. Para penyokong PSM juga mencipta sebuah lagu bertajuk "Lagu Rakyat Sungai Siput", yang menjadi lagu tema kempen pilihanraya untuk Dr. Kumar.

Lagu itu berbunyi begini:
"Rakyat Sungai Siput semua
Mari jemput perubahan baru
Kobarkan semangat juangmu
Kesaksamaan pasti menunggu

Sudah cukup lama
Kita terbelenggu…
Satukan kekuatan buruh tani
Perubahan mula sini
(Kita jemput Sosialis)"

Orang ramai yang berkumpul di hadapan pusat penamaan calon Sungai Siput tidak terkejut – taktik pengecut tanam calon bebas hari ini kerana Nor Lizan Oon, seorang bekas anggota UMNO bertanding sebagai calon bebas. Oleh sebab calon bebas ini langsung tidak dikenali, pastinya akan hilang deposit dan pertempuran di Sungai Siput sebenarnya adalah satu lawan satu.Walaupun pertandingan tiga penjuru berlaku di Sungai Siput, yang pasti mendapat tumpuan umum adalah pertembungan antara Dr. Kumar, jaguh perjuangan rakyat miskin, dengan Samy Vellu, menteri kanan kerajaan BN yang dibenci ramai.

Selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan calon-calon yang akan bertanding di kawasan Parlimen Sungai Siput, DUN Lintang dan DUN Jalong, Dr. Kumar disambut meriah oleh penyokong-penyokongnya di luar pagar Majlis Perbandaran. Dr. Kumar disambut dengan begitu hebatnya seperti seorang wira rakyat. Cara sambutan sebegini hanya dapat disaksikan semasa Presiden Venezuela Hugo Chavez disambut hebat oleh rakyat jelata apabila beliau kembali ke pejabat presiden selepas satu rampasan kuasa oleh puak kanan ditewaskan.

Bagi Samy Vellu, pilihanraya kali ini adalah pertarungan hidup maut dalam kerjayanya sebagai politikus, tetapi bagi Dr Kumar, pertandingan kali ini adalah tentang hidup mati rakyat. Samy Vellu pasti akan menggunakan segala taktik kotor untuk memastikannya menang, termasuklah membeli undi, menghabiskan sebanyak wang mungkin, mengupah samseng dan menyeludup masuk pengundi hantu. Namun, Dr. Kumar bersama pasukan kempennya yang bersemangat juang tinggi tidak merasa gentar dan pasti akan memberi satu tentangan hebat untuk menumpaskan Samy Vellu dan kerajaan BN pro-kapitalis.


Kembalikan Kuasa Kepada Rakyat!
Perubahan Bermula Di Sungai Siput!

-- International BureauSocialist Party of Malaysia / Parti Sosialis Malaysia (PSM)Address:No.22A, Lorong Vivekananda, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Tel: +60-3-22747791, (mobile) +60-19-5669518Fax: +60-3-87374772email: (headquarters) psmhq@tm.net.my (international bureau) int.psm@gmail.com visit our website at:http://parti-sosialis.org/ -- International BureauSocialist Party of Malaysia / Parti Sosialis Malaysia (PSM)Address:No.22A, Lorong Vivekananda, 50470 Brickfields, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Tel: +60-3-22747791, (mobile) +60-19-5669518Fax: +60-3-87374772email: (headquarters) psmhq@tm.net.my (international bureau) int.psm@gmail.com visit our website at:http://parti-sosialis.org/

Search the Web:Kuala Lumpur, MALAYSIA
Search News View Map

Saturday, February 23, 2008

Gelombang Merah dan Biru Bakal Menggegar Bumi Sg Siput


Update - Bilik Gerakan Keadilan Sungai Siput - 23/02/08


Dr.Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan sahnya akan bertanding di kerusi Parlimen Sg Siput atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bertanding menentang Presiden MIC, Dato Sri Samy Vellu. Ini merupakan kali ketiga Dr.Jeyakumar akan bertanding di kerusi paling panas ini.



Ketika ramai ahli dan pemerhati politik sedang membuat spekulasi mengenai siapa akan bertanding di sini,penamaan Dr Jeyakumar sekali lagi membuktikan beliau adalah calon paling sesuai, berkaliber dan berjiwa rakyat serta mampu menggugat calon kuku besi MIC kali ini. Ura-ura bekas ketua MIC tempat ini akan bertanding pada tiket bebas juga nampaknya adalah khabar angin ? setelah mendapat pengakuan sendiri dari mulutnya yang mengatakan dia tidak akan bertanding.

Dianggarkan lebih 1000 orang ahli dan penyokong PSM dan PKR akan berarak ke tempat pencalonan pada 24/02/08 untuk memberi sokongan kepada calon kita kali ini dengan satu janji gelombang merah dan biru akan membanjiri pekan Sg Siput (U) kali ini. Satu gelombang yang mampu membawa perubahan politik di bumi Sg Siput kali ini.




Suasana di bilik gerakan juga nampak sibuk tetapi gembira dengan calon kita akan hampir pastinya melawan calon Barisan Nasional dengan ‘straight fight’. Kerja-kerja kordinasi giat dijalankan di bawah kepimpinan Saudari Mohanarani , Pengerusi PSM Buntong. Semua ahli dan penyokong sedang menjalankan kerja masing-masing secara sukarela tanpa mengira siang dan malam dan ini sendiri merupakan satu kekuatan gergasi untuk kempen kita memandangkan semangat ini tidak wujud di kem lawan Barisan Nasional yang hampir semuanya bekerja untuk wang.


Kempen pilihanraya kali ini nampak lebih bersemangat dan pastinya akan melihat satu perubahan besar.

Hidup Pekerja,Hidup Rakyat


oleh:
Pemuda Sosialis