-

-

Sunday, April 1, 2012

MANSUHKAN PTPTN! PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA!

KENYATAAN AKHBAR

MANSUHKAN PTPTN!
PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA!
 
Pemuda Sosialis, Parti Sosialis Malaysia menyokong sepenuhnya usaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersama-sama dengan kumpulan mahasiswa lain untuk menganjurkan permimpunan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN). Perhimpunan ini telah dijadualkan pada 14 April 2012 pukul 2 petang bertumpu di Dataran Merdeka.
 
Tujuan perhimpunan ini diadakan adalah dasar tidak percaya kepada kerajaan Malaysia dalam usaha memansuhkan PTPTN dan seterusnya membawa agenda pendidikan percuma. Tetapi, langkah-langkah ini langsung tidak diberi perhatian oleh pihak kerajaan.
 
Harus diperakui bahawa terdapat beberapa negara seperti Venezuela, Cuba, Argentina dan lain-lain lagi yang memberikan pendidikan percuma sehingga peringkat universiti. Selain itu, kebanyakan Negara-negara Eropah seperti Sweden, Finland dan banyak Negara lagi mampu menduduki tangga teratas di dunia dengan memberikan pendidikan yang berkualiti kepada rakyat.
 
Malaysia adalah sebuah negara dimana kerajaan memperoleh keuntungan yang tidak terhingga daripada pelbagai sektor. Keuntungan yang diperolehi dari Petronas dan hasil kutipan cukai pendapatan dari korporat dan kapitalis gergasi patut disalurkan dalam sistem pendidikan kita, tetapi itu tidak berlaku.
 
Pada 2011, semasa Dato Seri Najib membentangkan Belanjawan, beliau mengumumkan bahawa yuran sekolah dimansuhkan. Tetapi yang dimansuhkan hanya dalam lingkungan RM30 untuk sekolah rendah dan menengah. Tetapi realitinya, ia tidak mampu untuk meringankan beban sedangkan pelajar terpaksa berbelanja beratus-ratus ringgit untuk segala perbelanjaan sekolah.  Keadaan menjadi lebih teruk bagi majoriti ibu bapa yang berpendapatan  rendah.
 
Kita percaya bahawa pendidikan merupakan hak asasi setiap insan dan tidak harus diperniagakan. PTPTN merupakan satu beban yang sangat besar kepada mahasiswa apabila mereka menamatkan pengajian mereka.
 
Kami Pemuda Sosialis menyarankan agar PTPTN dimansuhkan secara segera dan mengimplimentasikan pendidikan percuma kepada semua. Kita berharap agar  usaha-usaha seperti ini akan berlanjutan sehingga anak-anak muda mendapat hak mereka.

4 comments:

  1. Pergi matilah...ingat ptptn tu hanya dapat duit yuran je ke? ada lebihan drpd ptptn tu.. ni tak adil bagi penerima biasiswa terikat dgn kontrak. kalau betul nak perhimpunan, buatlah perhimpunan untuk mansuhkan yuran di ipta, not in ptptn..bahlul

    ReplyDelete
  2. yg student bangang sibuk mansuhkan ptptn tarak otak.biasiswa pun kena pulangkan balik.dapat biasiswa..kena kerja dulu dgn sapa yg bagik biasiswa tu.cara pulangan berbeza.

    tak ingat ke..betapa ramai pelajar melayu era 60an 70an yg bijak menangis tak dapat teruskan beljar atas kekangan kewangan.org tua miskin.nak pinjam..susah.nak cari penjamin pun org melayu kita susah nak jamin.

    bodoh punya student.ingat ni zaman 70an ke nak demo.glamor..pastu dpt jadi menteri.hahaha

    ReplyDelete
  3. Harus diperakui bahawa terdapat beberapa negara seperti Venezuela, Cuba, Argentina dan lain-lain lagi yang memberikan pendidikan percuma sehingga peringkat universiti.

    - ada ko kaji apa jadi dgn negara tu skrg.
    bengap.

    ReplyDelete
  4. HAK ASASI MANUSIA MENADAPAT RUMAH MCM MANA?
    MENDAPAT MAKANAN BERKUALITI?
    HAK BEBAS DARI CUKAI?
    ADA FIKIR?

    ReplyDelete