-

-

Monday, October 3, 2011

PEMUDA SOSIALIS - KENYATAAN AKHBAR- ISU MENGHALANG PELAJAR MENDUDUKI UPSR DAN MEMBANTAH KENYATAAN NUTP



psm with wording logo

PEMUDA SOSIALIS PSM

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

03 Oktober 2011


 

MEMBANTAH  PERMINTAAN  KESATUAN  PERKHIDMATAN  PERGURUAN KEBANGSAAN (NUTP)  KEPADA  KEMENTERIAN  PELAJARAN  MALAYSIA

DAN

MENGESA  KEMENTERIAN  PELAJARAN  MALAYSIA  MENYIASAT  DUA  INSIDEN  YANG  BERLAKU  MENGHALANG  PELAJAR  DARIPADA  MENDUDUKI  PEPERIKSAAN  AWAM

 

Kami mewakili Pemuda Sosialis, Parti Sosialis Malaysia membantah permintaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) kepada kerajaan supaya memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk melarang pelajar yang lemah ataupun tidak dapat menguasai aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira daripada menduduki UPSR dengan mewujudkan penilaian tersendiri.

(rujuk keratan akhbar KOSMO bertarikh 01 Oktober 2011)

 

 

NUTP yang rata-ratanya diwakili oleh pengajar membuat tafsiran sesetengah pelajar gagal mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor adalah sesuatu yang mendukacitakan.

 

 

Pemuda Sosialis berasa kesal dengan pendirian pihak pentadbiran sekolah untuk mencapai Petunjuk Prestasi  Utama (KPI) secara keseluruhan dan mangsakan masa depan pelajar yang lemah dengan melarang mereka mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

 

 

Pendidikan merupakan hak asasi yang perlu diberi kepada semua warganegara, begitu juga peluang menduduki peperiksaan awam secara standard dan tanpa sebarang diskriminasi. Prestasi seseorang pelajar dibentuk melalui pengajaran dan pembelajaran sekolah. Apabila berlaku jurang diantara murid dalam aspek tahap pencapaian akademik, puncanya adalah kegagalan institusi sekolah dan tenaga pengajar dalam mendidik murid secara berkualiti dan secara berhasil. Kami tidak menyangkal bahawa tahap kefahaman murid adalah berbeza-beza secara amnya tetapi hal ini tidak boleh menjadi alasan untuk menghalang seseorang murid menduduki peperiksaan awam.

 

 

Pengumuman Sekolah Berprestasi tinggi (SBT) yang dinilai melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh kerajaan. Sekolah SBT akan mendapat insentif-insentif khas dan tenaga pengajar akan diberikan elaun tambahan telah menyebabkan sekolah-sekolah seluruh Negara berlumba-lumba mencapai KPI yang tinggi. Untuk mencapai matlamat tersebut, pelajar yang agak lemah harus dilarang untuk mengambil peperiksaan awam. Isu ini telah menjadi kenyataan di sekolah SK Bandar Bintangor, Sarawak dimana 3 orang pelajar telah dilarang untuk mengambil peperiksaan UPSR. Selain itu, SK Telok Sira, Baling, Kedah, 5 orang pelajar menghadapi masalah yang sama.

Siapakah yang akan bertanggungjawab keatas perkara ini, Apakah masa depan murid ini? Bukankah mereka dimangsakan oleh pihak sekolah untuk mendapat keistimewaan SBT? Tambahan pula, keciciran pelajar dari alam persekolahan juga masih tinggi akibat kegagalan system pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, keadaan sosio ekonomi juga dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar dalam bidang akademik. Sejumlah besar anak muda masih tercicir daripada menimba ilmu pengetahuan di sekolah disebabkan oleh tinggal di kawasan pedalaman, pendapatan ibu bapa yang sangat kurang, tidak berupaya pergi ke kelas tuisyen dan sebagainya.

 

 

Pemuda Sosialis menyeru kepada kerajaan supaya meneliti semula perlaksanaan sistem-sistem baru  dibawah Sistem Pendidikan dan impaknya kepada pelajar dan sekolah secara amnya. Kami pasti semua perkara yang dilaksanakan ada kelebihan dan kelemahan. Oleh itu, pelaksanan KPI dan SBT telah membolehkan prestasi pelajar ditingkatkan melalui pelbagai usaha tetapi pelaksanaan ini juga mengakibatkan diskriminasi dalam hak menuntut pendidikan dan peperiksaan awam. Kerajaan juga patut mengawal birokrasi pihak pentadbiran sekolah dengan tegas.

 

 

Dua insiden yang berlaku menghalang pelajar daripada menduduki peperiksaan awam perlu disiasat dengan serius. Dan adalah peranan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

 

 

Anak Muda Kuasa Perubahan!!!

 

Hidup Perjuangan.

 

Dikeluarkan oleh: 

R Saratbabu

Pengerusi Pemuda Sosialis

Parti Sosialis Malaysia

016-5002523

No comments:

Post a Comment