-

-

Sunday, June 26, 2011

Fwd: [PSM] Tohmahan terhadap PSM tindakan terdesak, satu pembohongan dan melucukan


psm with wording logo

KENYATAAN AKHBAR: 26 JUN 2011

TOHMAHAN TERHADAP PSM OLEH MENTERI DALAM NEGERI DAN POLIS ADALAH TINDAKAN TERDESAK, SATU PEMBOHONGAN DAN MELUCUKAN


Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengkutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang – Datuk Abdul Rahim Jaafar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Tun Hussain yang cuba melabel PSM sebagai mempunyai agenda untuk melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agung dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM).


Pembohongan besar ini turut digunakan keatas 30 orang peserta yang terlibat dalam Kempen Udahlah- Bersaralah – sebuah kempen kesedaran Nasional PSM yang berjalan dari 24 sehingga 26hb. June 2011. Mereka yang sepatutnya dibebaskan kini direman selama 7 hari ekoran cubaan polis mengukir satu cerita fantasi dimana seksyen yang digunakan keatas mereka adalah seksyen 122 Kanun Kesiksaan iaitu melancarkan perang keatas Yang Dipertuan Agung.


Kenyataan pihak Berkuasa dan dakwaan keatas Aktivis PSM adalah tidak berasas, tidak masuk akal, pembohongan, bermotifkan politik dan sandiwara dan oleh yang demikian, PSM meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak Kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini.


PSM merasa lucu bahawa Pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan Komunis dengan terjumpanya beberapa baju T-shirt dan bahan-bahan yang mempunyai imej pemimpin komunis. Untuk makluman Polis, ini adalah skrip zaman perang dingin dimana hari ini, semua bahan ini boleh didapati dipasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, Kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunsi Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain.


Selain daripada itu, Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani perjanjian damai dengan PKM pada tahun 1989 dan pemimpin-pemimpin komunis kanan seperti Rashid Maidin, Suriani dan Abdullah CD juga telah diperkenan dengan DYMM Sultan Azlan Shah. Oleh yang demikian,  cubaan terdesak polis membawa balik bogey "Komunis" dalam zaman paska perang dingin adalah satu cubaan terdesak rejim UMNO-BN untuk terus berkuasa dengan cara menakutkan rakyat dan sekali gus mencari peluang untuk menggunakan ISA.


PSM adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ini memang diketahui umum. PSM juga mengiktiraf sumbangan parti-parti kiri sebelumnya yang telah menyumbang kepada kemerdekaan Negara seperti PKMM, API, AWAS, dan PKM. Cubaan polis yang sering melabel parti-parti lain sebagai agen PKM adalah satu taktik lama dan sudah basi.

 

Pihak Media kawalan UMNO-BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan BERSIH2. PSM menyokong penuh perhimpunan BERSIH2 walaupun Kempen Udahlah Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan BERSIH2, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan Bersih2.


PSM sesunguhnya percaya dan sedar bahawa tuduhan keatas PSM hanyalah tindakan terancang pihak polis untuk mengujudkan musuh bayangan dengan niat untuk mengujudkan satu suasana "darurat" untuk membolehkan pemerintah melakukan penahanan besar-besaran "crackdown" untuk mengagalkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang  telah mendapat sokongan yang begitu memberangsangkan dari rakyat.

Tindakan polis terkini keatas PSM tidak akan menghalang PSM untuk terus berjuang dan memperjuangkan hak rakyat Malaysia.


Hidup Rakyat !

Hidup Sosialis !


Yang Benar,


 

S.Arutchelvan

Setiausaha Agung PSM

0192537791



--
visit our website at
http://parti-sosialis.org


No comments:

Post a Comment