-

-

Tuesday, May 31, 2011

Kongres Pemuda Sosialis Ke-2

KONGRES PEMUDA SOSIALIS PSM 2011. BANGKIT KUASA ANAK MUDA!

Kongres Pemuda Nasional kali ke-2 telah diadakan dengan jayanya pada 29 May 2011 bertempat di      St-John, Ipoh. Kongres kali ini yang telah berlangsung dari pukul 9pagi hingga 5petang menyaksikan para pemuda duduk dan membincangkan hala tuju dan intipati khusus pergerakan Pemuda Sosialis di Malaysia. Ini merupakan kongres kedua anak muda berhaluan kiri di bumi Malaysia. Seramai lebih kurang 20 orang pemuda daripada lima cawangan telah mengambil bahagian. Kongres kali ini diputuskan untuk mengadakan pilihanraya untuk memilih pucuk pimpinan baru Pemuda Sosialis. Hal ini diputuskan setelah Saudara Kartik (Penyelaras Pemuda Sosialis) dan Saudari Santhana (Setiausaha Agong Pemuda Sosialis) meletakkan jawatan mereka secara rasmi memandangkan umur mereka telah mencecah 30 tahun.

Setelah sarapan pagi, Kongres kali ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Internasionale. Lagu rasmi PSM ini membawa satu semangat perjuangan yang jitu kepada para pemuda untuk memulakan kongres kita. Setelah itu, Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Saudari Saras, Timbalan Pengerusi PSM. Beliau berterima kasih kepada pemuda -pemuda senior  yang telah membawa pucuk pimpinan Pemuda Sosialis.  Beliau juga telah memuji para pemuda yang sempat hadir ke Kongres ini. Ini kerana, pemuda biasanya akan meluangkan lebih banyak masa bersama rakan-rakan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Menurut beliau, "Tanpa pemuda, sesebuah negara tidak boleh berjuang untuk menuntut hak-hak mereka".


Selepas itu, Sdr Kartik telah menyampaikan ucapan beliau selaku Penyelaras Pemuda Sosialis Nasional. Beliau telah memberi sedikit penerangan tentang sejarah penubuhan Pemuda Sosialis dan juga aktiviti-aktiviti tahunan Pemuda. Beliau juga telah berucap dengan begitu bersemangat bahawa walaupun hanya beberapa tahun kita menubuhkan pemuda, kita dapat menganjur satu kempen peringkat nasional iaitu "Kempen Pendidikan Percuma".

Program diteruskan lagi dengan ucapan daripada Saudari Santhana selaku Setiausaha Agong Pemuda Sosialis. Beliau telah memberi penjelasan tentang kerja-kerja Pemuda Sosialis selama setahun dan juga aktiviti-aktiviti PSM yang disertai oleh Pemuda. Beliau juga memberitahu situasi sebenar dan juga masalah yang dihadapi oleh beberapa cawangan setelah beliau mengadakan lawatan.

Oleh kerana Bendahari Kehormat tidak dapat hadir ke Kongres kali ini, Timbalan Bendahari Kehormat saudara M.Ravindran telah memberikan laporan tentang kewangan sepanjang setahun. Dapat dilihat bahawa pembuatan badge membantu kita dalam menghadapi situasi kewangan.
Kemudian, Saudara Hussein (AJK Biro Antarabangsa) dan juga Saudara Rueben (AJK Biro Propaganda) telah membentangkan laporan masing- masing. Kita dapat lihat bahawa kita mempunyai hubungan yang baik di peringkat antarabangsa di mana kita dijemput oleh beberapa parti dari luar negara seperti Sweden, Australia dan Afrika untuk bersama dan menyertai program  mereka. Dari sudut lain, kita kini giat dalam mengemas kini website kita, Facebook, Twitter dan juga Blog. Ini boleh dikatakan satu usaha yang baik dalam usaha memperkenalkan Pemuda Sosialis dan juga garis perjuangan parti kita yang berteraskan ideologi sosialis.


Kemudian, saudara Hussein telah memberikan input tentang "Penilaian Garis Panduan Dan Peraturan Sayap Pemuda Sosialis. Sebelum makanan tengah hari, Saudara Kartik telah menjalankan satu sesi berkenaan dengan Mekanisme Pemuda Sosialis. Sesi ini telah dimulakan dengan satu bengkel dimana pemuda telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu Marx,Lenin dan juga Che Guevara. Soalannya boleh dikatanya soalan yang betul-betul menguji minda para pemuda. Antara soalan yang dibentangkan ialah ciri-ciri yang harus ada pada seorang pemuda dan juga cara mempraktikkan serta halangan yang mereka harus tempohi dalam usaha mempraktikkan nilai-nilai tersebut. Memang jawapan-jawapan yang diberikan oleh para pemuda memperlihatkan kebolehan dan juga kefahaman mereka tentang dunia sosialis dan juga perjuangan PSM di akar umbi.

Kemudian, Pilihanraya Jawatankuasa Pusat Pemuda Sosialis telah diadakan dengan bantuan daripada saudara Sugu dan saudara Letchu daripada PSM Sungai Siput. Hanya satu jawatan sahaja yang dipertandingkan iaitu Pengerusi Pemuda Sosialis. Jawatan- jawatan lain menyaksikan calon- calon telah menang tanpa bertanding kerana beberapa pemuda yang dicalonkan tidak dapat hadir. Ada juga beberapa pemuda yang telah menarik diri daripada pencalonan.

Selepas pilihanraya, perancangan program untuk satu tahun yang akan datang telah dibincangkan dan tiga program nasional telah dipersetujui iaitu Malam Revolusi, Kem Anak Muda Sosialis dan Kongres Pemuda Sosialis PSM yang akan dikordinasi sepenuhnya oleh kita. Program untuk kumpulan masing-masing dan program bersama PSM akan diputuskan oleh kumpulan masing-masing. Setelah itu, saudara Ravindran telah mengetuai aktiviti untuk membincangkan usul dan juga delegasi untuk Kongres Nasional PSM. Lebih kurang 10 usul telah dibawa ke hadapan. Setelah perdebatan dan perbincangan, akhirnya kita berjaya juga untuk menghabiskan perbincangan ini. Satu usul yang telah telah dibincangkan akan dibawa ke Kongres Nasional PSM yang akan diadakan tidak lama lagi. Seterusnya, pemilihan delegasi dan pemerhati telah dijalankan. Aktiviti terakhir adalah Resolusi Pemuda Sosialis yang dikordinasikan oleh saudara Ravindran. Beberapa resolusi telah diambil. Secara kesuluruhannya, kita percaya bahawa kita di pemuda sosiais akan bekerja untuk kepentingan rakyat dan juga anak muda.

Sebagai Majlis Penutupan Kongres Pemuda Sosialis kali ke-2, kita telah menjemput Ahli Parlimen Sungai Siput, merangkap ahli pusat PSM yang telah memberikan ucapan beliau. Satu persoalan yang dilontarkan oleh Saudara Dr.Kumar adalah " Adakah kita hanya menjadi sosialis ketika menghadiri meeting dan aktiviti PSM ataupun menjadi Sosialis sepanjang masa dalam hidup kita". Satu persoalan yang cukup bermakna yang harus kita fikirkan. Beliau juga telah memberitahu bahawa dunia kita sedang menghadapi tiga krisis utama iaitu krisis harga, krisis petrol dan juga krisis cuaca. Maknanya, rakyat jelata di dunia ini yang akan merana disebabkan krisi dan bukanya kaum koparat. Beliau juga telah mengungkitkan kepentingan dan peranan pemuda dalam masyarakat. Belum mengahiri ucapan beliau dengan penutupan rasmi Kongres Pemuda Nasional kali ke-2.
Kita percaya bahawa Kongres Pemuda Sosialis kali ini membawa satu azam baru kepada para pemuda dan berharap ini merupakan satu langkah awal untuk membawa obor perjuangan kelas oleh anak muda di bumi Malaysia. 

Hidup perjuangan!! Hidup Kuasa Anak Muda!!

M.Ravindran
Pemuda Sosialis

No comments:

Post a Comment