PSM Sg Siput menegaskan bahawa seharusnya pemilihan ahli majlis tempatan perlulah melibatkan rakyat kawasan itu sendiri atau dalam kata lain melalui PILIHANRAYA. Segala bentuk perlantikan yang lain termasuk melalui birokrasi pasti tidak akan menghasilkan keputusan yang diterima oleh majoriti rakyat. Malah proses perlantikan oleh pihak birokrat yang bukan berideologi sosialis sepastinya tidak akan telus malah akan mewujudkan kronisme. Pada ketika ’state’ mula mengambil alih tugas rakyat dalam memilih wakil rakyat, golongan kaum koperat yang berkepentingan sendiri akan diresap masuk dan agenda mereka pastinya bukan untuk berkhidmat untuk rakyat tetapi sebaliknya menggunakan kuasa majlis tempatan untuk memperoleh kontrak dan mengaut keuntungan.
Walaupun proses pilihanraya tidak memberi jaminan ketelusan calon, namun sekurang-kurangnya calon yang dipilih disokong oleh majoriti rakyat. Kita di peringkat cawangan sedar melalui pengalaman ini bahawa proses perlantikan tidak akan menjunjung kuasa rakyat dan usaha kita sekarang walaupun jika dilantik menjadi ahli majlis tempatan ialah menekan kerajaan negeri melaksanakan pilihanraya tempatan.
Sebagai sosialis, kita harus menyokong kuasa rakyat memilih wakil mereka melalui proses demokrasi (baca=pilihanraya) dan berhak untuk memanggil semula (recall) pada bila-bila masa ahli majlis yang tidak melaksanakan tugas secara adil dan memuaskan.
Biar Rakyat Yang Memerintah Kali Ini
oleh:
Pemuda Sosialis
Sg Siput
Bangunlah kaum yang terhina
ReplyDeleteBangunlah kaum yang lapar
Lehendak yang mulia dalam dunia
senentiasa tambah besar
Lenyaplah adat dan faham tua
kita rakyat sedar sedar
Dunia sudah berganti rupa
untuk kemenangan kita
Perjuangan penghabisan
Kumpullah berlawan
Internasional pasti di dunia
perjuangan penghabisan
kumpullah berlawan
Internasional Pasti di dunia!
Pembetulan: Maaf kesilapan menaip di perenggan 3. Sepatutnya ia ditaip "Kehendak yang mulia dalam dunia"
ReplyDeleteKemiskinan rakyat bukan kerana agama atau bangsa. Kemiskinan rakyat adalah kerana penindasan klas. Mereka miskin kerana mereka klas lapisan bawah. Kelas kapitalis diwakili UMNO-MCA-MIC, terdiri dari Melayu, Cina dan India. Rakyat miskin lapisan bawah juga terdiri dari Melayu, Cina dan India. UMNO adalah teras klas kapitalis birokrat Melayu yang menindas kelas lapisan bawah Melayu.
ReplyDeleteBiar rakyat yang tentukan :)
ReplyDeleteJemput masuk ke blog saya ;)
http://teampemudaumno.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com
capitalism and communism came from the same source. we are lost...
ReplyDeleteparti sosialis tidak menunjukkan semangat negara tapi lebih kpd fahama karl maxx...
ReplyDeleteSalam perkenalan :-)
ReplyDeleteAkar Umbi & Calon ‘Kuda Hitam’ Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com
INFO TERKINI:
ReplyDeleteFAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD
RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
berambuslah UMNO...
ReplyDeletesini tanah bebas sosialisme.racist are not welcome in this liberation area!
fuck off!
sabarlah...
ReplyDeleteJangan marah2... nanti cepat tua :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com