-

-

Monday, June 2, 2008

Dekad Pertama Kongres PSM Mencatat Sejarah Tersendiri

Kongres PSM tahun 2008 telah diadakan di Port Dickson pada 30 Mei hingga 1 Jun 2008 dengan jayanya. Kongres ini telah mencatatkan sejarahnya sendiri dengan perwakilan delegasi dua ahli PSM yang masing-masing merupakan ahli Parlimen dan DUN serta perwakilan dari tiga cawangan baru yakni Jelapang, Semenyih dan Seremban. Kemenangan pada pilihanraya lalu telah merancakkan satu semangat baru untuk meneruskan perjuangan parti menegakkan ideologi sosialisma di bumi Malaysia.

Program berjalan dengan lancar dengan dimulakan ucapan dasar pengerusi, ahli jawatankuasa pusat, delegasi dari setiap cawangan, fron, Pemuda Sosialis dan pemerhati. Setiap ucapan dari ahli parti yang diselangi dengan laungan menentang sistem kapitalisma jelas menunjukan kemajuan perjuangan parti yang sedar dan menyeluruh. Topik perbincangan pula meliputi krisis makanan, keahlian parti, budaya atau ekonomi dan pembentukan kuasa ketiga. Kebanyakan perbincangan topik jelas hangat dengan perbezaan pendapat tetapi semangat mahu menegakkan perjuangan parti jelas kelihatan pada semua ahli.

Nyanian lagu ’Lawan’ dan Internationale yang dimulakan pada setiap sesi perbincangan jelas telah menaikkan semangat hadirin. Kehadiran Pemuda Sosialis mewakili lebih cawangan / fron buat kali pertama juga sangat dilaungkan dan penglibatan rakan-rakan pemerhati dalan perbahasan dan perbincangan adalah sangat tinggi dan menyeluruh. Perdebatan usul tidak pernah hilang dalam setiap kongres PSM dan kali ini perdebatan lebih menumpu kepada keahlian dan polisi parti. Kongres diakhiri dengan resolusi-resolusi parti yang antara lainnya melaungkan Pakatan Rakyat melaksanakan janji pilihanraya, mahu kerajaan pusat mansuhkan akta-akta zalim seperti ISA serta memperjuangkan kepentingan pekerja.

Dalam ucapan penggulungannya, Komrad Arul, Setaiusaha Agung PSM telah mengatakan PSM harus didaftarkan dan apa jua keputusan kehakiman terhadap pendaftaran parti tidak akan sama sekali memberi kesan kepada perjuangan parti kerana PSM yang berdasarkan ideologi sosialisma sentiasa relevan selagi perjuangan kelas wujud di bumi ini.

Rakyat sudah lama mendaftar kami.

Hidup Perjuangan ! Hidup PSM



oleh :
Pemuda Sosialis

No comments:

Post a Comment