-

-

Thursday, February 9, 2012

MENTERI KESIHATAN - JANGAN KELENTONG !

PRESS STATEMENT: 

9 FEBRUARY 2012

MENTERI KESIHATAN - 

JANGAN KELENTONG !

KETAMAKAN PIHAK KORPORAT ADALAH PUNCA UTAMANYA OVERSUPPLY JURURAWAT


PSM mengalu-alukan kenyataan Menteri Kesihatan dalam Star 7/2/2012 bahawa Kementerian Kesihatan baru menubuhkan satu Jawatankuasa untuk mengkaji isu ketiadaan kerja untuk graduan-graduan kejururawatan di 61 IPTS-IPTS di negara ini. Nampaknya pihak Menteri akhirnya mengakui kebenaran isu yang didedahkan oleh PSM melalui satu penyerahan memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi pada 30 Disember 2011 dan sidang akhbar yang diadakan pada 2hb. Februari 2012 di Pejabat PSM.


Namun PSM dukacita kerana cara-cara yang disyorkannya oleh Menteri untuk mengatasi masalah adalah tidak begitu tepat dan nampaknya Dato Liow tidak mahu mengakui punca-punca utama untuk kewujudan masalah "over-supply" (lebihan penawaran) graduan kejururawatan!


Punca utamanya pengwujudan masalah ini adalah

1.               Ketamakan IPTS-IPTS untuk mengaut untung RM 25,000 daripada setiap orang pelajar yang berjaya mendapatkan pinjaman PTPTN untuk belajar kejururawatan. Jumlah yang diperolehi daripada 37,700 pelajar kejururawatan di IPTS-IPTS adalah RM 314.17 juta setahun (37,500 x 25,000 bahagi 3)

2.               Kelemahan kawalselia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang menentukan kuota masuk setiap kolej kejururawatan dan pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang meluluskan pinjaman PTPTN.

Jika punca-punca utama ini tidak diakui dan ditangani maka masalah lebihan penawaran over-supply graduan kejururawatan tidak boleh diatasi. Antara perkara yang harus disiasat oleh Menteri Kesihatan adalah samada sebahagian daripada untung RM 300 juta setahun yang diperolehi oleh IPTS berkenaan memainkan peranan dalam melonggarkan kawalan yang harus dilaksanakan oleh kementerian-kementerian berkaitan. 


Isu ini dengan jelas menunjukkan kita semua bahawa pembekalan perkhidmatan asas – pendidikan, kesihatan, air dan lektrik - tidak boleh diserahkan pada kuasa pasaran. Dalam konteks ini, PSM berharap Kerajaan Malaysia akan mempertimbangkan semula cadangan 1Care Malaysia yang banyak bergantung pada pengkorporatan hospital ketajaan dan kuasa pasaran "dalaman" untuk membekalan rawatan perubatan untuk rakyat jelata.


Dikeluarkan oleh

Dr. Jeyakumar Devaraj

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM

Ahli Parlimen Sungai Siput

Setiausaha Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan(GMPPK)

(No tel : 019-5616807)